Apa Yang Patut Dibuat Jika Dijangkiti oleh Virus Hepatitis B ?

Image result for doctor hepatitis b

Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis B.

Runding dengan doktor
  • Doktor akan menilai dan memeriksa anda .
  • Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis B dan ujian ultrasound organ hati.
  • Setengah-tengah kes memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati untuk ujian yang diperlukan.
  • Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu kemasukkan ke hospital. Kalau tidak , anda akan menerima rawatan lanjut oleh doktor di klinik.
  • Anda perlu berjumpa dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus boleh dirawat. Rawatan perlu untuk mencegah komplikasi. Rawatan terdapat dalan bentuk pil dan suntikan.
  • Walau bagaimanapun setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi mesti dipantau di klinik kerana keadaannya boleh berubah dan memerlukan rawatan terutama kompilasi kanser hati.
http://www.myhealth.gov.my/en/hepatitis-a-b-c/

Siapa Yang Berisiko Mendapat Hepatitis B?


  • Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.
  • Tinggal serumah dengan individu dijangkiti.
  • Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks.
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.
Hepatitis B tidak merebakkan melalui makanan atau minuman, berkongsi hidangan atau perkakas dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan hubungan biasa.

Majoriti Dijangkiti Hepatitis B Sejak Dalam Kandungan

Image result for hepatitis b baby

Di Malaysia, bilangan penduduk yang menderita penyakit Hepatitis B biasanya dijangkiti sejak dalam kandungan lagi atau semasa kecil. Ini menyebabkan risiko tinggi untuk menjadi penyakit hati yang kronik.

Apakah Simptom-Simptom Hepatitis B?


Simptom-simptom hepatitis, biasanya muncul selepas 25 ke 180 hari setelah dijangkiti. Simptom-simptom termasuk juga sengal sendi dan otot-otot. Bagaimanapun, setengah-tengah individu tiada simptom-simptomnya.

Jangkitan virus Hepatitis B tidak macam Hepatitis A, ia boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati.

Apa Itu Hepatitis B?


Hepatitis B boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Ia adalah penyakit hati terbanyak di Malaysia.

Hepatitis A: Melindungilah Keluarga dan Orang Yang Tersayang

Image result for family happy cartoon

Penjagaan kebersihan diri seperti mencuci tangan yang sempurna dan sanitasi boleh mencegah hepatitis A. Basuh tangan anda menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum makan atau menyediakan sajian makanan.

Terdapat vaksin untuk Hepatitis A untuk pencegahan dalam masa panjang.

Apakah Saya Patut Buat Sekiranya Saya Dijangkiti Oleh Virus Hepatitis A?

Image result for doctor

Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis A :

Runding dengan doktor

Doktor akan menilai dan memeriksa anda.

Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis A.

Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu dimasukkan ke hospital.

Kebanyakan pesakit memerlukan rawatan untuk simptom-simptom dan masa perhatian sahaja

Hepatitis A yang teruk mempunyai kemungkinan membawa maut.

Biasanya penyakit ini tidak memerlukan penjagaan kesihatan yang lama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...