Ujian Fungsi Hati


UJIAN FUNGSI HATI / LIVER FUNCTION TEST

Protein (Albumin & Globulin)
Albumin & globulin merupakan protein utama dalam darah. Albumin dibentuk di hati dan 50-60% secara bandingan daripada keseluruhan protein dalam serum. Kedua-dua albumin dan globulin berguna untuk mengukur status pemakanan seseorang individu. Kedua-duanya juga berguna untuk mendiagnos penyakit hati, gastrointestinal dan buah pinggang; ketaknormalan protein; kanser dan kegagalan sel darah.Peningkatan paras globulin boleh disebabkan inflamasi dan infeksi yang kronik.

Bilirubin
Bilirubin merupakan pigmen kekuningan dalam hempedu. Ianya dibentuk hasil daripada pemecahan haemoglobin dalam sel darah merah dan diubah secara kimia oleh hati seterusnya dirembes sebagai hempedu. Peningkatan paras bilirubin boleh diakibatkan oleh hati, pundi hempedu atau kegagalan SDM dan secara klinikal mengakibatkan jaundice.

SGOT/AST/Aspartate Aminotransferase
Ia merupakan enzim yang boleh ditemui terutamanya pada hati, jantung dan otot rangka. Enzim ini terhasil apabila sel-sel tercedera dan meningkat mengikut tahap kerosakkan.

SGPT/ALT/Alanine Aminotransferase
Ia merupakan enzim yang dijumpai terutamanya pada sel hati dan dalam kuantiti yang sedikit dalam buah pinggang, jantung dan otot rangka. Ia selalunya digunakan bersama-sama SGOT bagi mengukur fungsi hati dan mengdiagnos penyakit yang berkaitan dengan hati.

SAP/Alkaline Phosphatase
Alkaline phosphatase merupakan enzim yand terdapat dalam hati, salur hempedu dan tulang. Paras ALP yang tinggi ditemui pada kanak-kanak, penyakit hati, penyumbatan hempedu dan kegagalan tulang.

http://azmijaaffar.tripod.com/pa/est753515.html

Apa itu Hepatitis C?


Apa itu Hepatitis C
Hepatitis C- Serangan bengkak hati Jenis C:

Hepatitis di dalam perkataan Latin bermakna bengkak hati Hepatitis C yang berpunca daripada virus yang dipanggil virus Hepatitis C. Ia merujuk kepada hepatitis non-A non-B.

Punca Hepatitis C -Rawatan Hepatitis C-
* Sentuhan secara terus dengan darah orang yang dijangkiti.
* Menerusi hubungan seksual tetapi risiko rendah.
* daripada ibu kepada anak
* Virus ini juga boleh dijangkiti apabila tercucuk dengan tidak sengaja dengan jarum yang tercemar.

Lebih kurang 1/3 dari semua kes tentang hepatitis C datangnya daripada sumber yang tidak diketahui.

Apakah simptom-simptom Hepatitis C
Hepatitis C,dalam tempoh pengeraman, dalam tempoh
terdedah kepada virus tersebut sehingga permulaan
penyakit tersebut.Biasanya simptom awal yg dikenalpasti bg penghidap hepatitis C ialah kurang selera makan, kurang berminat tentang makanan,loya, sakit otot dan sendi, dan demam ringan. Perubahan turut berlaku pada najis dan air kencing iaitu najis berwarna lebih cerah dan air kencing menjadi kotor.

Hepatitis C, simptom yang terbaru adalah kulit kekuningan,membran berlendir dan Demam kuning (mata dan kulit menjadi kuning)@ Jaundis.

Daripada 10 penghidap penyakit ini hanya 1 menghidap hepatitis C teruk dan mengalami simptom seperti yg disebutkan manakala 9 lg tidak menunjukkan apa2 simptom. Dianggarkan dari 10 pesakit hanya 8 pesakit kronik dikenalpasti.

Bagi penghidap Hepatitis C kronik juga berkemungkinan tidak mengalami apa-apa simptom atau hanya mengalami simptom yg sederhana seperti penat, tekanan berkala di bawah tulang rusuk kanan disebabkan pembesaran hati dan kesakitan pada otot dan sendi.
Hepatitis C hanya 1/3 daripada pesakit menghadapi penyakit limpa dalam hati atau barah hati dalam tempoh beberapa tahun.

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Rawatan_Herba_HepatitisC.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...