Apa Itu Hepatitis?

Image result for hepatitis

Hepatitis ialah penyakit hati. Ia sebabkan oleh radang hati. Radang hati disebabkan oleh ubat-ubatan termasuk ubat herbal, alkohol, sistem immune badan seseorang dan lain-lainnya.

Sebab yang biasa penyakit hepatitis di Malaysia ialah jangkitan virus hepatitis.

Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah:
  • Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A.
  • Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B.
  • Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.

Pokok Dukung Anak Ubat Hepatitis


Pokok dukung anak, sejenis tumbuhan liar yang boleh ditemui di kawasan terbiar atau di tepi jalan atau parit. Seluruh bahagian tumbuhan itu direbus dan airnya diminum pada setiap hari.

Air perahan daripada pokok dukung anak juga boleh digunakan untuk mengubati luka dan kudis. Titiskan air perahan itu ke bahagian yang luka dan berkudis sekerap mungkin selama beberapa hari sehingga sembuh.

Pokok dukung anak juga dikenali sebagai amin buah atau keman jolok juga dikatakan mujarab untuk mengubati demam kuning yang kerap melanda bayi-bayi yang baru dilahirkan.

Pokok itu dimasak dengan sedikit susu kambing dan diberi minum pada bayi. Kaedah yang sama juga dikatakan berkhasiat untuk merawati penyakit hepatitis. Amalkan pada setiap hari selama beberapa bulan dan lihatlah keadaannya.

PERINGATAN: Pengubatan menggunakan pokok dukung anak tidak sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit batu karang.

http://wwwaj601.blogspot.my/2014/03/tumbuhan-dan-kesihatan.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...