Jenis-Jenis Penyakit Hati

Hati Berlemak:

Selain masalah jantung mengandungi lemak yang boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit, ada organ lain yang tidak terkecuali berdepan masalah yang sama.
Organ terbesar dalam tubuh yang mempunyai pelbagai fungsi penting yang dimaksudkan ialah hati. Hati berlemak atau steatosis adalah satu keadaan yang mana ada lemak berlebihan pada hati. Hati berlemak kerap jadi pada wanita.

hati berlemak Utama
Pakar Perunding Gastroenterologi, Jabatan Gastroenterologi, Hospital Kuala Terengganu (HKT), Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh berkata, meskipun hati berlemak bukanlah sejenis penyakit, ia adalah petanda bahawa seseorang menghadapi masalah kesihatan.

Hati berlemak yang tidak dirawat boleh mendedahkan individu terbabit menghadapi masalah hati atau penyakit lain yang lebih serius 
Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh

Hati adalah organ yang berfungsi untuk menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh.
Trigliserid pula antara bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel baru.
Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu oleh minuman keras, kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan. Dalam kes hati berlemak, jumlah lemak yang kebanyakannya terdiri daripada trigliserid ada dalam sel hati. Jika lemak yang diproses ini berlebihan daripada apa yang diperlukan dalam tubuh, ia akan disimpan. Di kalangan individu yang obes, lemak akan lebih banyak terbentuk dalam sel hati. Beliau berkata, dalam kes yang serius saiz hati meningkat tiga kali ganda daripada saiz normal.

Hepatitis A, B & C

Apa itu Hepatitis? 

Hepatitis merupakan penyakit radang hati.  Istilah ‘hepatitis’ berasal dari perkataan ‘hepar’ (hati/liver) dan ‘itis’ (radang).  Hepatitis terjadi akibat daripada pelbagai faktor.
Hepatitis boleh disebabkan oleh virus, dadah, alkohol, bahan kimia atau jangkitan virus.  Terdapat beberapa jenis virus yang boleh menjangkiti hati dan menyebabkan hepatitis.


Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah:
Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A.
Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B.
Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.




tonikhati6 Utama
Sirosis Hati
Antara risiko yang dikenalpasti untuk penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C ialah perkongsian jarum suntikan, hubungan seks dengan pasangan yang mempunyai jangkitan dan melalui kelahiran iaitu ibu kepada bayinya. 
Dato Dr Zaininah , Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Apakah tanda-tanda amaran Hepatitis?

Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda-tanda berlaku , ia adalah sama untuk semua berlainan jenis hepatitis. Tanda-tanda antara ialah:

  • Merasa letih
  • Kurang selera makan/Loya
  • Muntah
  • Sakit perut (abdomen)
  • Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning)
  • Air kencing berubah warna menjadi warna teh
  • Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat







Apakah komplikasi hepatitis yang kronik ?
Bila penyakit hepatitis kritikal dan kronik (lebih dari 6 bulan), kemungkinan organ hati sudah rosak. Lama-kelamaan sel-sel hati bertukar menjadi tisu fibrous dan meninggalkan parut dipanggil sirrosis hati.

Tanda-tanda sirrosis hati ialah :
  • Abdominal membengkak
  • Sangat mudah lebam
  • Berubah tingkah laku atau berubah kepekaan
  • Muntah darah
  • Najis hitam
Komplikasi sirrosis hati:

  • Kanser Hati
  • Maut

Bila sirrosis hati tidak mengekalkan fungsi-fungsi sebenar hati atau komplikasi tidak terkawal lagi, untuk meneruskan hidup pesakit itu memerlukan pemindahan organ hati yang baru menerusi prosedur transplan.
 hepatitis Utama

Apakah hepatitis A?

Hepatitis A didapati dari memakan makanan atau meminum minuman dicemari oleh virus hepatitis A. Virus hepatitis A didapati dalam najis seseorang dijangkiti hepatitis A .

Siapakah yang mempunyai risiko mendapat jangkitan hepatitis A ?

  • Individu yang menjamah makanan dan minuman dijangkiti disediakan oleh individu dijangkiti Hepatitis A yang tidak menjaga kerbersihan diri.
  • Ahli keluarga atau hubungan seks dengan individu yang dijangkiti.
  • Hubungan seks sesama lelaki.
Apakah Hepatitis B?
Hepatitis B boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Ia adalah penyakit hati terbanyak di Malaysia.
Jangkitan virus Hepatitis B tidak macam Hepatitis A, ia boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati.
Di Malaysia, bilangan penduduk yang menderita penyakit Hepatitis B biasanya dijangkiti sejak dalam kandungan lagi atau semasa kecil.
Ini menyebabkan risiko tinggi untuk menjadi penyakit hati yang kronik.


Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis B?

  • Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.
  • Tinggal serumah dengan individu dijangkiti.
  • Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks.
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.
Hepatitis B  tidak merebakkan melalui makanan atau minuman, berkongsi hidangan atau perkakas dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan hubungan biasa.

Apakah Hepatitis C ?

Hepatitis C boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Majoriti individu yang dijangkiti tidak menpunyai simptom-simptom.
Berbanding dengan hepatitis B, jumlah pesakit Hepatitis C adalah sedikit di Malaysia .
Bagaimanapun, individu yang dijangkiti akan menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati dengan komplikasinya.


Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis C?

  • Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental.
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan .
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994.
  • Pesakit menggunakan haemodialysis.
  • Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti tetapi risiko itu dijangkiti adalah sangat kecil (kira-kira 4%.)
Cirhosis (Sirosis) Hati

Sirosis hati adalah parut pada hati yang melibatkan pertukaran gentian tisu (scar) yang bergabung dengan pemusnahan organ yang normal.
Hasil daripada kecederaan yang lama secara amnya hasil dari pengambilan alkohol secara berlebihan tetapi terdapat beberapa punca utama yang lain.
Sirosis adalah keadaan yang serius. Hanya 30 peratus pesakit dengan masalah ini dapat hidup selama 5 tahun selepas diagnosis dan tinjauan menunjukkan ia akan menjadi lebih teruk jika puncanya adalah alkohol dan pesakit tetap meminumnya juga.
Sirosis adalah penyakit yang kurang dikenali yang kebanyakkannya berjangkit pada wanita. Ia tidak berkait dengan alkohol.
Untuk beberapa sebab badan akan menyerang hati pada pesakit adalah dengan sirosis.


Kanser Hati

Sesuatu yang amat menakutkan mengenai kanser hati adalah kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom yang jelas pada peringkat awal ia bermula.
Apabila simptom2 tertentu mula dirasai seperti perubahan pada warna mata putih ( kekuningan ) atau terdapat benjolan yang menyakitkan pada abdomen, anda sebenarnya berada pada peringkat 4 kanser hati.
Peringkat awal kanser hati seringkali ditemui secara tidak sengaja apabila doktor melakukan rutin2 biasa semasa merawat penyakit lain seperti melakukan imbasan dan ujian darah.



Gejala Penyakit Hati
 gejala penyakit hati1 Utama
 http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/penyakit/masalah-penyakit-hati

Mengenal Penyakit Hati (HEPA)

Penyakit hati ialah sebarang gangguan terhadap fungsi (hepa) yang menyebabkan sakit atau hati gagal berfungsi dengan normal. Selalunya lebih 75% kerosakan tisu hati barulah ia gagal berfungsi.

Hati sebagai organ yang penting


Hati merupakan organ yang terbesar dalam tubuh manusia atau haiwan lain. Hati juga adalah satu-satunya organ yang mudah diganti apabila tisunya rosak. Ia terletak di bahagian atas abdomen dan dilindungi oleh tulang sangkar dada dan rusuk. Hati mempunyai 2 lobus (cuping) yang utama, yang dibekalkan oleh dua saluran darah iaitu arteri hepatik (membekalkan darah ke hati yang dipam dari jantung) dan vena portal.

Di antara fungsi vena portal di hati ialah:


* Membekalkan hati dengan nutrien dari usus dan limpa.

* Membenarkan bahan kimia dari saluran penghadaman memasuki hati untuk dinyahtoksikkan dan ditapis sebelum ia memasuki sistem peredaran darah ke seluruh badan.

* Menghantar bahan kimia dan protein yang diperlukan oleh sel hati bagi menghasilkan protein, kolesterol dan glikogen untuk keperluan badan.



Hati memainkan peranan penting dan berkait rapat dengan fungsi organ-organ lain dalam tubuh kita, dari penghasilan protein dan pembekuan darah hinggalah ke metabolisma kolesterol, glukosa dan zat besi (ferum). Hati juga merupakan organ yang berfungsi sebagai kelenjar kerana ia menghasilkan air hempedu.

Hati mempunyai banyak fungsi, di antara yang penting ialah:


1. Menghasilkan air hempedu yang diperlukan bagi penghadaman makanan berlemak.

2. Menyimpan glukosa atau gula berlebihan dalam badan dalam bentuk glikogen dalam sel hati, dan glikogen ini boleh ditukarkan semula kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga.

3. menghasilkan faktor pembekuan darah.

4. Menghasilkan asid amino (struktur asas protein).

5. Memproses dan menyimpan zat besi (ferum) yang diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah.

6. Menghasilkan kolesterol dan bahan kimia lain yang diperlukan untuk pengangkutan lemak.

7. Menukarkan hasil buangan daripada proses metabolisma badan menjadi urea.

8. Menukarkan ubat-ubatan yang diambil kepada bahan aktifnya semasa di dalam badan.

Penyakit Hati (Hepa)


Simptom (tanda) biasa penyakit hati, di antaranya ialah
:

1. Loya.

2. Muntah.

3. Sakit perut di bahagian atas kanan abdomen.

4. Jaundice (sakit kuning) - kulit berwarna kuning disebabkan kepekatan bilirubin dalam saluran darah tinggi.

5. Keletihan, lemah dan turun berat badan.

6. Bagi Cirrhosis, simptomnya lebih khusus, seperti:

i. Kulit mudah lebam kerana kurangnya pengeluaran faktor pembekuan darah.

ii. Gatal-gatal kulit kerana garam hempedu boleh berkumpul dalam kulit.

iii. Gynecomastia atau buah dada lelaki membesar kerana hormon seks yang tidak seimbang, terutamanya disebabkan oleh peningkatan hormon estradiol.

iv. Mati pucuk, kurang nafsu seks, dan testis mengecil kerana pengurangan fungsi hormon seks.

v. Kekeliruan dan kelesuan disebabkan oleh peningkatan tahap ammonia (hasil buangan daripada metabolisma protein yang memerlukan hati untuk membuangnya) dalam saluran darah dan pengumpulan cecair dalam kaviti abdomen kerana pengurangan protein yang dihasilkan.

Jenis-jenis Kerosakan Hati



Di antara jenis-jenis kerosakan hati ialah:

1. Hepatitis - Sel hati menjadi radang.

2. Kolestasis - Aliran air hempedu tersekat.

3. Steatosis - Pengumpulan Kolesterol atau triglyceride.

4. Aliran darah ke hati terganggu.

5. Tisu hati rosak disebabkan oleh bahan kimia dan mineral atau sel abnormal.

Jenis-Jenis Penyakit Hati



Terdapat beberapa jenis penyakit hati, di antaranya ialah:


1. Hepatitis Berjangkit

Hepatitis bermakna keradangan sel hati disebabkan jangkitan.

Terdapat 5 jenis hepatitis, iaitu:

a. Hepatitis A


Hepatitis A ialah infeksi virus dan berjangkit melalui najis. Ia boleh menyebabkan keradangan hati akut yang selalunya boleh dirawat dengan suntikan vaksin. Jangkitan hepatitis A boleh dicegah dengan membasuh tangan bersih-bersih sebelum menyediakan makanan.

b. Hepatitis B


Hepatitis B berjangkit melalui cecair badan (melalui jarum suntikan penagih dadah, darah tercemar dengan virus hepatitis B, dan hubungan seks). Ia boleh menyebabkan infeksi akut atau boleh bertukar menjadi keradangan kronik yang akhirnya boleh membawa kepada cirrhosis dan kanser hati. Infeksi hepatitis B boleh dicegah dengan vaksin Hepatitis B.

c. Hepatitis C

Hepatitis C boleh menjadi hepatitis kronik. Ia berjangkit melalui cecair badan (melalui jarum suntikan penagih dadah, darah tercemar dengan virus hepatitis ini, dan hubungan seks). Hepatitis C kronik boleh menyebabkan cirrhosis dan kanser hati. Tidak seperti virus hepatitis B, virus hepatitis C tidak boleh dimusnahkan dengan suntikan vaksin.

d. Hepatitis D

Virus hepatitis D ini memerlukan virus hepatitis B untuk hidup, dan ia juga berjangkit melalui cecair badan (melalui jarum suntikan penagih dadah, darah tercemar dengan virus hepatitis B, dan hubungan seks).

e. Hepatitis E

Virus hepatitis E berjangkit melalui makanan dan air yang tercemar dengan virus ini.

2. Penyakit hati berlemak

Pengumpulan lemak dalam hati yang boleh menyebabkan keradangan hati dan perlahan-lahan akan mengurangkan fungsi hati.

3. Hemochromatosis (terlebih zat besi)

Hemochromatosis ialah gangguan metabolik yang menyebabkan banyak zat besi disimpan dalam badan. Zat besi yang berlebihan akan berkumpul dalam tisu hati, pankreas, jantung dan akan menyebabkan keradangan, cirrhosis, kanser hati dan kegagalan hati berfungsi. Hemochromatosis ini adalah penyakit keturunan.

4. Penyakit Wilson


Penyakit Wilson merupakan satu lagi penyakit keturunan yang mengganggu metabolisma kuperum (copper). Penyakit ini boleh juga menyebabkan cirrhosis dan kegagalan hati berfungsi.

5. Penyakit Gilbert


Penyakit Gilbert ialah ketidaknormalan dalam metabolisma bilirubin di dalam hati yang merupakan penyakit biasa. Penyakit ini tidak menunjukkan apa-apa simptom tetapi ia boleh didiagnosis dengan kenaikan paras bilirubin dalam darah. Penyakit ini tidak memerlukan apa-apa rawatan.

6. Kanser hati


Kanser hati primer berasal daripada sel dan struktur hati sendiri (contohnya, hepatocellular carcinoma). Kanser hati sekunder atau kanser metastatik pula bermula dari organ lain dan kemudian berjangkit ke hati melalui saluran darah. Kanser yang biasa berjangkit ke hati ialah kanser paru-paru, kanser payudara, kanser kolon, kanser perut, kanser pankreas, leukimia dan Hodgkin lymphoma.

7. Sindrom Budd Chiari - Ketaknormalan aliran darah


Sindrom ini adalah disebabkan oleh darah beku yang terbentuk di dalam vena hepatik dan menghalang darah keluar dari hati. Ini akan meningkatkan tekanan dalam saluran darah di dalam hati, terutamanya dalam vena portal. Tekanan ini boleh menyebabkan sel hati mati atau cirrhosis dan kegagalan hati berfungsi. Di antara penyebab kepada sindrom ini ialah polycythemin (kiraan sel darah merah naik secara abnormal), penyakit sel sabit, dan kehamilan.

Penyakit-Penyakit Lain Yang Berkaitan


Penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan kerosakan hati, di antaranya ialah:

1. Hepatic encephalopathy

Penyakit ini terjadi apabila paras ammonia meningkat disebabkan oleh kegagalan hati memproses dan mensintesis protein daripada makanan. Ini boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan, atau dalam keadaan teruk boleh terus koma.

2. Pendarahan abnormal


Oleh kerana hati bertanggung-jawab menghasilkan faktor pembekuan darah, kegagalan hati berfungsi menyebabkan meningkatnya risiko pendarahan dalam abdan.

3. Sintesis protein

Kegagalan hati berfungsi mensintesis protein akan menyebabkan kekurangan protein yang akan memberi kesan kepada fungsi bahagian badan yang lain.

4. Hipertensi portal

Kerosakan tisu hati akan meninggikan tekanan dalam saluran darah di dalam hati dan ini memberi kesan buruk kepada aliran darah ke organ-organ lain. Ini akan menyebabkan limpa membengkak dan vena juga membengkak di saluran penghadaman dari esofagus hinggalah ke anus (dubur).

Penyebab Penyakit Hati


Di antara penyebab sakit hati (hepa) ialah:

1. Alkohol


Alkohol adalah toksik (beracun) kepada sel hati dan boleh menyebabkan keradangan hati dan pengumpulan lemak dalam hati.

2. Cirrhosis

Cirrhosis merupakan penyakit hati tahap akhir yang menyebabkan parut kekal pada hati. Ini disebabkan sel hati normal digantikan oleh tisu parut yang menyebabkan keradangan hati dan akhirnya hati gagal berfungsi.



3. Ubat-ubatan

Ubat-ubatan boleh merosakkan sel hati sama ada sementara atau kekal. Sesetengah ubat yang terlebih dos boelh menyebabkan kecederaan hati dan seterusnya merosakkan sel hati.

Contoh:

a. Pengambilan berlebihan acetaminophen (seperti Tylenol, Panadol) boleh menyebabkan kegagalan hati berfungsi.

b. Ubatan statin yang berlebihan bagi mengawal kolesterol dalam darah juga boleh menyebabkan keradangan hati. Tahap keradangan sel hati ini boleh diketahui dengan melakukan ujian kandungan enzim hati dalam darah.

c. Antibiotik (seperti Nitrofurantoin, amoxicillin, clavulanic acid, tetracycline) juga boleh menyebabkan keradangan sel hati.

d. Sesetengah ubat-ubatan tradisional dengan jumlah vitamin yang berlebihan (terutamanya vitamin A) juga boleh menyebabkan hepatitis, cirrhosis dan kegagalan hati berfungsi.

e. Kebanyakan cendawan/kulat adalah toksik kepada hati. Oleh itu, berhati-hatilah makan cendawan yang dipungut liar yang jarang ditemui kerana ia boleh membawa mudharat atau maut.

Oleh itu, hindarilah penyebab kepada sakit hati ini. Rawatan penyakit hati ini berbeza-beza bergantung kepada jenis dan penyebabnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...