Kanser Hati: Simpton-Simpton


Simptom Kanser Hati

Sesuatu yang amat menakutkan mengenai kanser hati adalah kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom yang jelas pada peringkat awal ia bermula.Apabila simptom2 tertentu mula dirasai seperti perubahan pada warna mata putih ( kekuningan ) atau terdapat benjolan yang menyakitkan pada abdomen,anda sebenarnya berada pada peringkat 4 kanser hati.


Peringkat awal kanser hati seringkali ditemui secara tidak sengaja apabila doktor melakukan rutin2 biasa semasa merawat penyakit lain seperti melakukan imbasan dan ujian darah. Berikut adalah beberapa jenis simptom yang biasa terjadi menandakan anda menghidap kanser hati.


  • Perubahan kepada warna kulit.Warna kulit yang kekuningan menandakan anda ada masaalah berkaitan hati.

  • Perhatikan bahagian mata putih anda.Mata putih yang ada warna kekuningan juga menunjukkan anda mempunyai masaalah hati.

  • Kehilangan berat badan yang mendadak akibat hilang selera makan dan rasa mual yang berpanjangan.Ini menunjukkan fungsi hati telah terjejas.

  • Perhatikan pada warna najis yang pucat,masaalah buang air besar.Ini menunjukkan kepada tanda2 awal kepada masaalah hati.

  • Bengkak pada bahagian bawah  kanan tulang rusuk.Ia akan memberi tekanan kepada diafram yang akan mengakibatkan kesakitan bila bernafas.

  • Perhatikan keadaan kuku anda.Kuku yang berwarna putih atau pucat menandakan anda ada masaalah hati

  • Pendarahan pada hidung dan mudah terjadi kebengkakkan pada angota badan menandakan hati anda ada masaalah penyimpanan beberapa protin berkaitan pembekuan darah dimana ia disimpan dalam hati.

  • Tanda2 lain ialah kerap muntah

  • Sakit2 otot

  • Kerap rasa tertekan dan kepenatan

Walaupun  anda merasakan beberapa simptom diatas adakalanya ia bukan semestinya merujuk kepada kanser hati namun perlu diingat apa yang lebih merbahaya ialah menyalah anggap simptom2  tertentu BUKAN berkenaan kanser hati.

 

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-hati-liver-cancer.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...