Bayi Jondis (Kuning)

 

JONDIS DI KALANGAN BAYI

Jondis atau kekuningan biasa didapati dikalangan bayi-bayi yang berumur beberapa hari selepas dilahirkan. Adalah dianggapkan enam puluh peratus bayi-bayi yang dilahirkan akan mengalami keadaan ini dinegara ini.

Kekuningan berlaku disebabkan sel-sel darah merah yang menimbulkan bahan kimia 'bilirubin'. 'Bilirubin' ini biasanya dibuang oleh hati atau sistem hepatobiliori. Jika kadar perpecahan sel-sel darah merah ini terlalu tinggi atau fungsi sistem hepatobiliari tidak memuaskan, tahap bilirubin ini akan menjadi tinggi didalam saluran darah. Inilah yang menyebabkan kulit dan bahagian putih mata kelihatan kuning.

Jondis yang biasa ditemui dikalangan bayi lazimnya mula menjelma selepas 48 jam bayi itu dilahirkan. Tahap kekuningan ini sampai ke kemuncaknya apabila bayi berusia lima hari. Selepas itu ia mula reda sehingga tidak lagi dikesan, biasanya selepas sepuluh hari. Jondis mula didapati dibahagian muka dan merebak kepada bahagian badan, perut serta kakinya jika tahap kekuningan terus meningkat. Bahagian putih matanya dan kencingnya juga kelihatan lebih kuning. Keadaan bayi selain daripada ini adalah memuaskan. Dia boleh menyusu dan kelihatan aktif seperti biasa. Jondis biasanya bukanlah sesuatu keadaan yang menrunsingkan tetapi jika bayi kelihatan kuning ini boleh mengakibatkan keadaan yang dipanggil ' kenicterus '. Seseorang bayi yang mengalami kenicterus biasanya mula kelihatan kurang aktif tidak mahu menyusu dan tubuhnya berasa lembut. Gambaran ini mungkin berubah dalam mana tubuh bayi menjadi keras , tangisan menjadi nyaring , dan mungkin sawan. Jika ini berterusan tanpa rawatan bayi mungkin mati. Jika ia masih hidup dalam masa beberapa bulan tubuh badanya mungkin berasa lambut semula dan perkembangannya jelas lambat daripada kanak -kanak biasa. Kanak -kanak ini selalunya masih tidak boleh meniarap atau duduk walaupun usianya sudah dua tahun. Dia tidak dapat menggunakan tangan untuk menjalankan aktiviti -aktiviti harian seperti makan , minum , mamakai baju atau menulis. Pendengarannya mungkin terjejas. Kanak -kanak yang telah mengalami kenicterus menunjukkan kesan yang berbeza. Ada yang hanya mendapat gangguan pendengaran tanpa kecacatan yang lain dan ada yang tidak berupaya menggunakan kaki dan tangan serta pekak pula.

Di dalam sel -sel darah merah seseorang ada enzim yang dipanggil G 6PD ( glukos 6 phosphate dehydrogenase ). Kekurangan enzim ini boleh ujud kerana unsur genetik dan selalunya terdapat di kalangan bayi lelaki. Kekurangan enzim ini boleh menyebabkan sel -sel darah merah berpecah apabila bayi tersentuh atau termakan barang tertentu. Akibat ini adalah tahap kekunigan meningkat dengan cepatnya.

Kekurangan enzim G 6 PD adalah satu punca kenicterus yang penting di negara ini kerana ia merupakan sebab kecacatan yang boleh dicegah jika jondis diberi rawatan segera sebelum melibatkan otak. Kanak -kanak yang kurang enzim G 6PD selalunya ditahan di hospital sekurang -kurang dua minggu sebagai langkah berjaga -jaga kerana jondis boleh naik dengan cepatnya. Bayi yang dilahirkan secara prematur lebih senang mendapat jondis dan biasanya akan ditahan dihospital sehingga dia cukup besar dan kekuningannya reda.

Diantara faktor -faktor yang boleh menyebabkan bayi kuning ialah ketidaksamaan kumpulan darah ibu dan bayi , bayi yang menghidap infeksi dan bayi yang mendapat cephalohematoma , ( gelembung di kepala yang mengandungi darah ). Semua ini boleh mengakibatkan kenicterus jika kekuningan tidak dikawal . Kekuningan yang disebabkan oleh ketidaksamaan kumpulan darah ibu dan bayi selalunya berlaku dalam masa 24 jam selepas bayi dilahirkan. Bayi seperti ini perlu menerima rawatan di hospital untuk mencegah dari berlakunya kenicterus.

Rawatan khas yang diberi di hospital jika bayi terlalu kuning ialah pancaran lampu ( phototherapy ) dan jika kekuningan meningkat pada tahap memerbahaya pertukaran darah akan dilakukan untuk mencegah berlakunya kenicterus.

Ibu bapa perlu mendapatkan pemeriksaan bagi anak mereka untuk mencegah kenicterus jika

1 - Bayi kelihatan kuning dalam masa 24 jam selepas bayi di lahirkan

2 - Bayi kelihatan terlalu kuning

3 - Bayi yang tidak tahu menyusu atau kelihatan tidak aktif .

Kadangkala jondis yang dihidapi oleh bayi tidak reda walaupun usia bayi sudah dua minggu. kekuningan yang berterusan ini memerlukan pemeriksaan doktor untuk memastikan yang bayi yang menghidapi penyakit seperti infeksi atau kekurangan hormon thyroid. Bayi yang bersusu badan kadangkala kelihatan kuning dengan lamanya sehingga sebulan walaupun kesihatannya tedak terjejas. Ini tidak mendatangkan bahaya jika sebab-sebab seperti infeksi, kekurangan hormon thyroid atau penyakit hati sudah diketepikan.

Penyakit lebam hati (neonatal hepatitis) selalunya disyaki jika bayi mula kelihatan kuning pada pada usia dua atau tiga minggu. Kencingnya kelihatan lebih kuning dan najisnya selalu kelihatan berwarna pucat seperti tanah liat. Keadaan ini memerlukan penyiasatan dan rawatan yang berlainan dari bayi yang didapati kuning dalam minggu pertama.

http://www.hamidarshat.com/anak-kesihatan-informasi-165/162-bayi-jondis-kuning.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...