Jangkitan Hepatitis B Melalui Seks, Jarum


SOALAN: SAYA ingin tahu mengenai penyakit Hepatitis B. Adakah penyakit ini boleh berjangkit melalui hubungan kelamin? Jika ya, adakah fetus dalam kandungan berisiko untuk dijangkiti? Bagaimana dengan kaedah rawatan hepatitis B? Bolehkah diubati dengan ubat-ubatan tradisional?

                                                                     

MANN,
Melalui e-mel.


DI Malaysia, dianggarkan 1.3 juta penduduk dijangkiti Hepatitis B. Kebanyakan yang dijangkiti virus ini akan pulih dan seseorang yang dijangkiti itu telah membentuk antibodi yang mencukupi untuk melawan jangkitan yang sama seterusnya.

Tetapi, dalam lingkungan lima hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak dapat menghalang jangkitan itu dan mereka akan menjadi pembawa virus (dipanggil karier). Dari kumpulan ini, 10 - 30 peratus akan mendapat penyakit hati yang kronik dipanggil 'cirrhosis'.

Selain itu, mereka boleh menjangkiti orang lain dan mempunyai risiko yang sangat tinggi (lebih kurang 200 kali) untuk mendapat kanser hati.

Virus Hepatitis B merebak apabila darah orang yang terjangkit itu masuk ke dalam badan orang yang belum dijangkiti. Penyakit ini kebiasaannya memang berjangkit melalui hubungan kelamin, tambah-tambah lagi jika tidak menggunakan kondom, kerana virus ini didapati dalam air mani, cecair dari faraj dan darah.

Lain-lain cara jangkitan ialah melalui penggunaan jarum yang telah di kontaminasi, terutama bagi yang menyuntik dadah, penggunaan pisau yang terkena darah orang berjangkit, seperti pisau cukur, tattoo dan bagi pengamal perubatan yang terlibat dalam kerja-kerja klinikal yang terdedah kepada darah dan pembedahan.

Satu lagi cara jangkitan ialah menerusi ibu yang mengandung kepada bayi yang dikandungnya. Bayi ini dijangkiti semasa percampuran darah ibu dengan bayi bila bersalin. Jika ia tidak dikesan, bayi ini berkemungkinan menjadi karier dan mendapat penyakit hati kemudiannya.

Sudah menjadi amalan di mana-mana institusi perubatan untuk melakukan ujian Hepatitis B untuk ibu-ibu yang mengandung. Apa yang dikesan ialah sesuatu komponen dalam darah yang menunjukkan ada kesan virus, iaitu antigen terhadap virus Hepatitis B.

Jika ia positif, ibu itu adalah seorang pembawa dan selepas bersalin, bayi akan disuntik dengan imunoglobulin untuk memberi ketahanan kepadanya untuk melawan jangkitan ini dan selepas itu, mendapat suntikan vaksin seperti yang disyorkan dalam program imunisasi bayi. Cara ini telah dapat menurunkan risiko jangkitan dengan efektif.

Buat masa ini, masih tiada rawatan untuk menyembuh penyakit ini. Ubat-ubat yang ada sekarang digunakan untuk mengawal jangkitan. Cara yang paling efektif untuk menghalang daripada dijangkiti ialah dengan mendapat imunisasi terhadapnya. Vaksin hepatitis B memang mudah didapati – hanya perlu tiga suntikan sahaja!

Tetapi, kalaulah kita terjangkit, badan kita sendiri akan membentuk ketahanan terhadap virus Hepatitis B ini. Kita akan sembuh dengan sendiri. Cuma sebilangan saja yang menjadi pembawa. Untuk mengetahui sama ada kita telah dijangkiti virus ini, lakukanlah ujian darah untuk mengesan tahap antibodi dalam badan. Jika tiada antibodi, barulah disyorkan untuk mendapat vaksinasi.

Berkaitan rawatan tradisional, ini tidak dapat dijawab kerana pengetahuan saya mengenai perubatan tradisional sangat minimum.
Tidak dinafikan bidang ini ada banyak potensi, tetapi kebanyakan ubat yang dikeluarkan tidak melalui proses keselamatan dan tahap ujian yang diperlukan untuk ubat-ubatan yang digunakan dalam perubatan konvensional. Jadi, kesannya tidak dapat dipastikan.
http://bintangkejora-myblog.blogspot.com/2010/06/anda-tanya-doktor-jawabjangkitan.html

Penghidap Hepatitis B, C Meningkat

Penghidap  Hepatitis B, C meningkat  
Dr Jeyaindran sambil diperhatikan Dr Norhizan mengambil sampel darah seorang pengunjung yang membuat pemeriksaan secara percuma sempena Hari Hepatitis Sedunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA), Kuantan. - Foto Halim Mat Ali
 
Golongan umur produktif paling ramai kena penyakit

Kuantan: Kira-kira 80 peratus kes Hepatitis B dan C direkodkan di negara ini membabitkan penghidap berumur antara 25 tahun hingga 55 tahun, dengan 60 peratus daripadanya penagih dadah.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata angka itu menunjukkan sesuatu yang malang bagi Malaysia kerana lingkungan umur terbabit adalah kumpulan sangat produktif sebagai penyumbang modal insan kepada ekonomi negara.

“Tahun lalu, ada 2,637 kes baru, meningkat berbanding 2010 iaitu 2.27 pesakit bagi setiap 100,000 penduduk, kepada 8.99 pengidap hepatitis B.

“Bagi kes Hepatitis C pula menunjukkan peningkatan 2.56 peratus kepada 5.91 bagi setiap 100,000 penduduk.

“Peningkatan kes adalah disebabkan arahan kementerian supaya pengamal perubatan melaporkan semua kes Hepatitis akut dan kronik (kepada pihak berkuasa kesihatan),” katanya berucap merasmikan Hari Hepatitis Sedunia Peringkat Kebangsaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran. Turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Norhizan Ismail. 
 
 http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/PenghidapHepatitisB_Cmeningkat/Article
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...