Melindungi Orang Tersayang Dari Hepatitis C

Image result for family

Tidak ada vaksin hepatitis C.
  • Anda patut memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan teman serumah untuk membuatkan ujian Hepatitis C. Jikalau mereka positif, mereka mesti berunding dengan doktor.
  • Risiko untuk dijangkiti hepatitis adalah sedikit, tetapi jikalau anda mengamalkan hubungan lebih satu pasangan, anda dinasihatkan menggunakan kondom. Amalkan hubungan seks yang selamat .
  • Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip kuku, gunting .
  • Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri. Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10 bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah masuk ke dalam beg plastik. Balut luka itu dengan plaster.
http://www.myhealth.gov.my/en/hepatitis-a-b-c/

Langkah Jika Dijangkiti Oleh Virus Hepatitis C?

Image result for doctor

Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis C:
Runding dengan doktor
Doktor akan menilai dan memeriksa anda .
Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis C dan ujian ultrasound organ hati.
Setengah-tengah kes memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati untuk ujian yang diperlukan.
Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu kemasukkan ke hospital. Kalau tidak , anda akan menerima rawatan lanjut oleh doktor di klinik.
Anda perlu berjumpa dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus boleh dirawat. Rawatan untuk mencegah komplikasi. Rawatan terdapat dalan bentuk pil dan suntikan.
Walau bagaimanapun setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi mesti dipantau di klinik kerana keadaannya boleh berubah dan memerlukan rawatan terutama kompilasi kanser hati.
http://www.myhealth.gov.my/en/hepatitis-a-b-c/

Siapa Yang Berisiko Untuk Mendapat Jangkitan Hepatitis C?


Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental.
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan .
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994.
  • Pesakit menggunakan haemodialysis.
  • Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti tetapi risiko itu dijangkiti adalah sangat kecil (kira-kira 4%.)
http://www.myhealth.gov.my/en/hepatitis-a-b-c/

Apakah Itu Hepatitis C?

Image result for hep c

Hepatitis C boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Majoriti individu yang dijangkiti tidak menpunyai simptom-simptom. Berbanding dengan hepatitis B, jumlah pesakit Hepatitis C adalah sedikit di Malaysia . Bagaimanapun, individu yang dijangkiti akan menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati dengan komplikasinya.

http://www.myhealth.gov.my/en/hepatitis-a-b-c/

Elak Hepatitis B Dengan Penjagaan Sendiri

Image result for hep b self care

Hepatitis B boleh dielakkan dengan penjagaan diri sendiri seperti:
  • Anda amalkan cara hidup yang sihat.
  • Anda perlu menjauhi alkoloh.
  • Anda tidak mengambil pil-pil dan ubat-ubat rawatan tanpa beritahu doktor anda mengidap hepatitis.
  • Anda patut mendengar nasihat doktor.
http://www.myhealth.gov.my/en/hepatitis-a-b-c/

Mencegah Jangkitan Virus Hepatitis B

Image result for avoid hep b
  • Anda patut memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan teman serumah untuk membuatkan ujian saringan Hepatitis B. Jikalau mereka positif, mereka mesti runding dengan doktor, jikalau mereka negatif, untuk mencegah boleh mendapat vaksin.
  • Amalkan hubungan seks yang selamat .
  • Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip kuku, gunting .
  • Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri. Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10 bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah perlu dimasuk ke dalam beg plastik dan dibuang. Balut luka itu dengan plaster.
  • Jikalau mengandung, bayi anda akan diberi dua suntikan ( Pertama, vaksin hepatitis B dan kedua suntikan immungloblin) semasa baru lahir dan vaksin yang selengkap masa lain.

Apa Yang Patut Dibuat Jika Dijangkiti oleh Virus Hepatitis B ?

Image result for doctor hepatitis b

Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis B.

Runding dengan doktor
  • Doktor akan menilai dan memeriksa anda .
  • Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis B dan ujian ultrasound organ hati.
  • Setengah-tengah kes memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati untuk ujian yang diperlukan.
  • Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu kemasukkan ke hospital. Kalau tidak , anda akan menerima rawatan lanjut oleh doktor di klinik.
  • Anda perlu berjumpa dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus boleh dirawat. Rawatan perlu untuk mencegah komplikasi. Rawatan terdapat dalan bentuk pil dan suntikan.
  • Walau bagaimanapun setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi mesti dipantau di klinik kerana keadaannya boleh berubah dan memerlukan rawatan terutama kompilasi kanser hati.
http://www.myhealth.gov.my/en/hepatitis-a-b-c/

Siapa Yang Berisiko Mendapat Hepatitis B?


  • Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.
  • Tinggal serumah dengan individu dijangkiti.
  • Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks.
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.
Hepatitis B tidak merebakkan melalui makanan atau minuman, berkongsi hidangan atau perkakas dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan hubungan biasa.

Majoriti Dijangkiti Hepatitis B Sejak Dalam Kandungan

Image result for hepatitis b baby

Di Malaysia, bilangan penduduk yang menderita penyakit Hepatitis B biasanya dijangkiti sejak dalam kandungan lagi atau semasa kecil. Ini menyebabkan risiko tinggi untuk menjadi penyakit hati yang kronik.

Apakah Simptom-Simptom Hepatitis B?


Simptom-simptom hepatitis, biasanya muncul selepas 25 ke 180 hari setelah dijangkiti. Simptom-simptom termasuk juga sengal sendi dan otot-otot. Bagaimanapun, setengah-tengah individu tiada simptom-simptomnya.

Jangkitan virus Hepatitis B tidak macam Hepatitis A, ia boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati.

Apa Itu Hepatitis B?


Hepatitis B boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Ia adalah penyakit hati terbanyak di Malaysia.

Hepatitis A: Melindungilah Keluarga dan Orang Yang Tersayang

Image result for family happy cartoon

Penjagaan kebersihan diri seperti mencuci tangan yang sempurna dan sanitasi boleh mencegah hepatitis A. Basuh tangan anda menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum makan atau menyediakan sajian makanan.

Terdapat vaksin untuk Hepatitis A untuk pencegahan dalam masa panjang.

Apakah Saya Patut Buat Sekiranya Saya Dijangkiti Oleh Virus Hepatitis A?

Image result for doctor

Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis A :

Runding dengan doktor

Doktor akan menilai dan memeriksa anda.

Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis A.

Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu dimasukkan ke hospital.

Kebanyakan pesakit memerlukan rawatan untuk simptom-simptom dan masa perhatian sahaja

Hepatitis A yang teruk mempunyai kemungkinan membawa maut.

Biasanya penyakit ini tidak memerlukan penjagaan kesihatan yang lama.

Risiko Mendapatkan Jangkitan Hepatitis A

Image result for gay logo
  • Individu yang menjamah makanan dan minuman dijangkiti disediakan oleh individu dijangkiti Hepatitis A yang tidak menjaga kerbersihan diri.
  • Ahli keluarga atau hubungan seks dengan individu yang dijangkiti.
  • Hubungan seks sesama lelaki.

Pengenalan Hepatitis A


Hepatitis A didapati dari memakan makanan atau meminum minuman dicemari oleh virus hepatitis A. Virus hepatitis A didapati dalam najis seseorang dijangkiti hepatitis A . Tanda-tanda hepatitis biasanya muncul hari 15 ke 45 selepas dijangkiti. Pesakit itu mengalami tanda-tanda hepatitis dan juga cirit-birit dan demam. Bagaimanapun ada setengah-tengah kes, menpunyai tanda-tanda ringan atau tiada tanda-tanda. Simptomnya lebih kepada individu yang umurnya lebih tua . Simptom-simptom yang lebih teruk dan radang hati memerlukan kemasukan hospital. Hepatitis A akut akan baik dalam 6 bulan dan tidak menjadi penyakit hati yang kronik.

Apakah Hepatitis A?

Hepatitis A didapati dari memakan makanan atau meminum minuman dicemari oleh virus hepatitis A. Virus hepatitis A didapati dalam najis seseorang dijangkiti hepatitis A .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...