Apa Yang Patut Dibuat Jika Dijangkiti oleh Virus Hepatitis B ?

Image result for doctor hepatitis b

Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis B.

Runding dengan doktor
  • Doktor akan menilai dan memeriksa anda .
  • Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis B dan ujian ultrasound organ hati.
  • Setengah-tengah kes memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati untuk ujian yang diperlukan.
  • Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu kemasukkan ke hospital. Kalau tidak , anda akan menerima rawatan lanjut oleh doktor di klinik.
  • Anda perlu berjumpa dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus boleh dirawat. Rawatan perlu untuk mencegah komplikasi. Rawatan terdapat dalan bentuk pil dan suntikan.
  • Walau bagaimanapun setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi mesti dipantau di klinik kerana keadaannya boleh berubah dan memerlukan rawatan terutama kompilasi kanser hati.
http://www.myhealth.gov.my/en/hepatitis-a-b-c/

Siapa Yang Berisiko Mendapat Hepatitis B?


  • Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.
  • Tinggal serumah dengan individu dijangkiti.
  • Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks.
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.
Hepatitis B tidak merebakkan melalui makanan atau minuman, berkongsi hidangan atau perkakas dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan hubungan biasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...