Tokotrienol Sawit Beroperasi Ubati NAFLD



Pulau Pinang: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, kagum dengan kejayaan kajian usaha sama MPOB dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (USM) merawat penyakit kronik Non-Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD) atau hati berlemak dengan tokotrienol yang diekstrak daripada minyak sawit.

Beliau berkata demikian sewaktu membuat lawatan dan mendengar taklimat berkaitan kajian yang dijalankan itu oleh penyelidik Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM, di sini, baru-baru ini. Turut sama Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Mphd Basri Wahid.

http://mediakampususm.blogspot.com/2010/09/tokotrienol-sawit-beroperasi-ubati.html
Sumber : Berita Harian, 4 september 2010, ms 3, Keluaran Khas

Bahaya Hati Berlemak

Feb 26, '08 12:58 AM
for everyone

Category:Other
Makanan yang berlemak yang sedap kan???....
betul tak kawan-kawan!!!


Bahaya hati berlemak

TAHUKAH anda selain masalah jantung mengandungi lemak yang boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit, ada organ lain yang tidak terkecuali berdepan masalah yang sama? Organ terbesar dalam tubuh yang mempunyai pelbagai fungsi penting yang dimaksudkan ialah hati.

Hati berlemak atau steatosis adalah satu keadaan yang mana ada lemak berlebihan pada hati. Di Amerika Syarikat, dianggarkan 25 peratus penduduknya menghadapi masalah ini dan ia lebih kerap ditemui di kalangan wanita.

Pakar Perunding Gastroenterologi, Jabatan Gastroenterologi, Hospital Kuala Terengganu (HKT), Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh berkata, meskipun hati berlemak bukanlah sejenis penyakit, ia adalah petanda bahawa seseorang menghadapi masalah kesihatan.

Beliau berkata, keadaan ini sekiranya dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan penghidap menghadapi komplikasi.

"Hati berlemak yang tidak dirawat boleh mendedahkan individu terbabit menghadapi masalah hati atau penyakit lain yang lebih serius," katanya.

Hati adalah organ yang berfungsi untuk menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh. Trigliserid pula antara bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel baru.

Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu oleh minuman keras, kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan. Dalam kes hati berlemak, jumlah lemak yang kebanyakannya terdiri daripada trigliserid ada dalam sel hati.

Dr Shukri berkata, hati berlemak tidak menyebabkan penghidapnya berasa sakit dan keadaan yang tidak disedari ini berlarutan dalam jangka masa panjang.

Hati berlemak boleh menyebabkan radang pada sel hati yang dikenali sebagai steatohepatitis. Ia kerap dikaitkan dengan pengambilan minuman keras. Pengambilan minuman keras sebanyak 10 auns seminggu sudah memadai untuk mendedahkan seseorang itu mengalami masalah hati berlemak.

Namun keadaan yang sama boleh boleh berlaku tanpa mengaitkannya dengan minuman keras. Keadaan ini dikenali sebagai non-alcoholic steatohepatitis (NASH). Dianggarkan 15 hingga 50 peratus pesakit NASH boleh menghidap fibrosis atau sirosis hati dalam jangka masa yang lama.

Di Amerika Syarikat, sebahagian besar masalah hati berlemak berpunca daripada tabiat meminum minuman keras. Lemak masuk ke dalam hati melalui usus dan tisu. Dalam keadaan normal, lemak daripada makanan diproses oleh hati dan tisu lain.

Jika lemak yang diproses ini berlebihan daripada apa yang diperlukan dalam tubuh, ia akan disimpan. Di kalangan individu yang obes, lemak akan lebih banyak terbentuk dalam sel hati.

Beliau berkata, dalam kes yang serius saiz hati meningkat tiga kali ganda daripada saiz normal.

"Hati berlemak adalah satu keadaan yang mana berlakunya kadar penyerapan lemak yang begitu tinggi dalam hati. Ini disebabkan oleh tabiat pengambilan minuman keras secara berlebihan, penyakit kencing manis atau pertambahan berat badan," katanya.

Selain itu, penyakit seperti batuk kering, diet yang tidak seimbang, pembedahan pintasan usus kecil untuk obesiti dan sesetengah ubat seperti kortikosteroid menjadi punca berlakunya hati berlemak.

Beliau berkata, sukar untuk dijelaskan bagaimana penyerapan lemak pada hati berlaku. "Pesakit yang mempunyai hati berlemak biasanya menunjukkan pertambahan lemak yang mengakibatkan berat hati meningkat sebanyak lima peratus. Pemindahan lemak daripada bahagian tubuh lain atau peningkatan ekstrak lemak dalam hati akan melalui usus.

"Kadar kemampuan hati untuk memecah dan mengumuh lemak ialah punca kemungkinan berlakunya pengumpulan lemak dalam hati," katanya.

Berbeza dengan jantung, mengambil makanan yang berlemak tidak mempunyai kesan secara langsung terhadap pengumpulan lemak pada hati.
Malah, ada pesakit yang mempunyai paras lemak yang normal dalam darah.

Beberapa kajian mendapati hati berlemak adalah antara sebab yang menurunkan enzim hati yang dikenal pasti pada ujian darah secara rutin.

Enzi mini dikeluarkan oleh sel hati apabila berlaku radang pada sel berkenaan.

FAKTA: Gejala hati berlemak

Kebanyakan pesakit hati berlemak tidak mengadu mereka menghadapi masalah ini. Namun, kajian menunjukkan 50 peratus daripada golongan ini mengadu:

Letih

Sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen.

Sekiranya keadaan hati berlarutan daripada steatohepatitis kepada fibrosis dan sirosis, pesakit akan mengalami masalah:

· Busung
· Pembekakan hati
· Demam
· Jaundis

Untuk mengetahui sama ada seseorang itu menghadapi masalah hati berlemak, pesakit perlu menjalani:

Pemeriksaan imbasan ultra atau imbasan CT. Bagi melihat lebih jelas perubahan pada hati akibat pengumpulan lemak, sedikit cebisan hati akan diambil melalui kaedah biopsi hati.

Ujian darah juga perlu dilakukan bagi mengetahui paras kolestrol, trigliserid dan fungsi hati serta untuk mengetahui lain-lain punca radang hati.

Fungsi hati

· Menyimpan tenaga dalam bentuk gula atau glukos
· Menyimpan vitamin, zat besi dan bahan mineral lain.
· Sebagai kilang membuat protein termasuklah faktor pembekuan darah.
· Memproses sel darah merah yang sudah digunakan.
· Membunuh bakteria yang masuk ke dalam tubuh melalui usus kecil
· Memecahkan ubat-ubatan dan alkohol
· Menghasilkan cecair hempedu untuk proses penghadaman makanan.

Rawatan

Meskipun hati berlemak bukan sejenis penyakit, tetapi keadaan ini perlu dirawat.

Rawatan ini bergantung kepada puncanya. Sebagai contoh, sekiranya pesakit seorang individu yang banyak mengambil minuman keras, dia perlu mengurangkan pengambilan berkenaan.

Jika pesakit adalah seseorang individu yang obes, dia perlu mengawal pemakan dan berat badannya.

Individu berisiko menghidap hati berlemak

· Mereka yang banyak minum minuman keras.
· Kekurangan pengambilan makanan berzat yang seimbang.
· Obesiti.
· Pesakit diabetes.
· Sindrom Reye di kalangan kanak-kanak.
· Kehamilan.
· Ubat-ubatan yang diambil secara berlebihan.

Tip merendahkan risiko hati berlemak

· Jangan minum minuman keras. Minuman keras boleh menurunkan kadar metabolisme dan pengumuhan lemak.

· Amalan pemakanan yang seimbang. Obesiti adalah punca paling kerap hati berlemak. Golongan ini biasanya mengalami masalah kesihatan seperti tekanan darah yang tinggi, angin ahmar, kencing manis dan sakit jantung.

· Mereka yang menahan lapar, kekurangan protein yang menyebabkan mereka kekurangan zat pemakanan diperlukan tubuh boleh menyebabkan hati berlemak.

· Melakukan senaman dan mengawal pengambilan makanan berlemak.
http://shuhmy.multiply.com/reviews/item/105?&show_interstitial=1&u=%2Freviews%2Fitem

Lydia Kandau Risau Penyakit Hati Jamal Mirdad


Jamal Mirdad dan Lydia Kandau.- Foto detikhot

KEADAAN kesihatan penyanyi Jamal Mirdad yang menghidapi penyakit hati semakin beransur pulih.

Isterinya, Lydia Kandau sangat mengambil berat tentang kesihatan lelaki itu walaupun Jamal tidak pernah berkongsi perasaannya sewaktu menghidap masalah berkenaan.

"Saya sangat cerewet apabila menjaga kesihatan suami tapi sekarang anak-anak banyak membantu saya untuk menjaga dan menegur papanya," ujar Lydia kepada portal detikhot, Ahad.

Walaupun sakit, Jamal tetap menggagahkan dirinya untuk meneruskan karier seninya dan sedang sibuk membuat persembahan di Singapura.

Sejak kebelakangan ini, penyanyi lagu popular Sedap Betul itu sudah mahu mengambil ubat-ubatan dan vitamin.

Namun Lydia tetap khuatir dengan kesihatan suaminya apabila mereka berjauhan.
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/10/4/mstar_hiburan/20111003131652&sec=mstar_hiburan

Hati Berlemak Ibarat Api Dalam Sekam


HATI mempunyai pelbagai fungsi penting dalam tubuh manusia.

Hati berlemak atau steatosis adalah keadaan di mana terdapat lemak yang berlebihan pada hati.

Di Amerika Syarikat, kira-kira 25 peratus penduduknya menghadapi masalah ini dan ia lebih kerap ditemui di kalangan wanita.

Pakar Perunding Gastroenterologi, Jabatan Gastroenterologi, Hospital Putrajaya , Datuk Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh, berkata meskipun hati berlemak bukan sejenis penyakit, ia petanda seseorang menghadapi masalah kesihatan.

Beliau berkata, hati berlemak jika tidak dirawat mendedahkan individu itu kepada situasi yang lebih serius.

“Ini kerana hati berfungsi menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh.

“Trigliserid adalah salah satu bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel-sel baru,” katanya.

Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu jika seseorang itu mengambil minuman keras, kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan.

Dr Shukri berkata, hati berlemak tidak menyebabkan penghidapnya berasa sakit dan ia ibarat api dalam sekam.

“Dalam jangka panjang, hati berlemak boleh menyebabkan radang pada sel-sel hati yang dikenali sebagai steatohepatitis.

“Pengambilan minuman keras sebanyak 10 auns seminggu memadai mendedahkan seseorang itu kepada hati berlemak,” katanya.

Namun, hati berlemak juga berlaku bukan kerana pengambilan minuman keras yang dikenali sebagai non-alcoholic steatohepatitis (NASH).

Kira-kira 15 hingga 50 peratus pesakit NASH boleh menghidap fibrosis atau sirosis hati yang menyebabkan saiz hati meningkat tiga kali ganda dari saiz normal.

Penyakit seperti batuk kering, diet yang tidak seimbang, pembedahan pintasan usus kecil untuk onesiti dan sesetengah ubat seperti kortikosteroid juga punca hati berlemak.

Di kalangan individu yang obesiti, lemak lebih banyak terbentuk dalam sel-sel hati.

“Sukar menjelaskan bagaimana penyerapan lemak pada hati.

“Pemindahan lemak daripada lain-lain bahagian tubuh atau peningkatan ekstrak lemak dalam hati akan melalui usus.

“Kadar kemampuan hati untuk memecah dan mengumuh lemak ialah punca kemungkinan berlakunya pengumpulan lemak dalam hati,” katanya.

Katanya, kajian mendapati hati berlemak punca menurun enzim hati yang dikenal pasti pada ujian darah secara rutin.

Enzim mini dikeluarkan oleh sel-sel hati apabila berlaku radang pada sel berkenaan.

>>TANDA-TANDA


- Letih

Sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen.

Dalam tempoh jangka panjang, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami busung, hati bengkak, demam dan demam kuning.

RAWATAN

Rawatan awal, seseorang itu perlu pemeriksaan ultrasound atau CT Scan bagi melihat perubahan pada hati akibat pengumpulan lemak.

Ujian darah dilakukan bagi mengetahui paras kolestrol, trigliserid dan fungsi hati serta untuk mengetahui lain-lain punca radang hati.

Rawatan bergantung kepada puncanya. Elak mengambil minuman keras dan lakukan senaman bagi mengurangkan berat badan.

Mereka yang berisiko mendapat hati berlemak ialah mengambil minuman keras, kurang mengambil makanan berzat yang seimbang, obesiti, diabetis, sindrom Reye di kalangan kanak-kanak, kehamilan atau mengambil ubat secara berlebihan.

Read More: http://www.serikasih.com/hati-berlemak-ibarat-api-dalam-sekam#ixzz1sK6aVWHx
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...