Barah & Kanser Hati

 

Sesungguhnya kanser hati  adalah sejenis kanser yang paling  tidak memberikan  banyak masa kepada pesakit  maupun doktor untuk melengah lengahkan rawatan berbanding dengan kanser lain yang lebih kompleks contohnya kanser otak.


Apabila telah disahkan anda menghidap kanser hati,sesuatu mesti dilakukan dalam tempuh 1 tahun ( maksima ) untuk anda atau doktor berbuat sesuatu.


Stastistik WHO pada tahun 2000 merekodkan 564,000 penduduk dunia didiagnos mempunyai kanser hati demgan 3/4 dari jumlah itu adalah pesakit dibahagian Asia.


Hati adalah organ yang terbesar  pada tubuh manusia dan purata beratnya adalah 1.35kg untuk wanita manakala pada lelaki adalah lebih kurang 1.8kg.Ia dikatakan memproses 13 peratus darah dari keseluruhan  jumlah darah yang berada dalam badan pada satu2 masa dan mempunyai sekitar 500 fungsi2 berlainan.


Ia dibahagikan kepada 2 bahagian yang  berlainan saiz dan terletak disisi kanan rongga perut dibawah diafram abdomen.Darah  yang mengandungi zat dan nutrient  yang dicerna dari usus besar dibawa kehati olih  pembuluh utama  “ PORTAL VIEN” sementara  “HEPATIC ARTERY” pula mengangkut  darah yang kaya dengan oksigen  dari  saluran utama jantung  yang dipanggil  “AORTA”.


Dari pembuluh darah utama tadi ia dipecahkan kepada pelbagai saiz saluran darah didalam hati sehinggalah saiz yang amat seni yang dipanggil kapilari  yang menuju kearah  ribuan  ( 100,000 )“LOBULUS” yang terdapat dalam hati.Setiap “LOBULUS” pula mewakili sel-sel  utama hati yang amat seni  yang menjadi sumber metabolisma  hati.


“HEPATOCYTES” mewakili 60 peratus sel2 hati yang berfungsi menyerap  zat2 makanan,detoks  dan menapis bahan2 asing yang merbahaya  dalam darah.

 

Secara ringkasnya  fungsi utama hati ialah:


  • Memproses zat makanan  dan menukarkannya dalam bentuk“gylicogen” yang disimpan dalam hati dan otot.Apabila kita memerlukan tenaga hati menukarkannya kembali dalam bentuk glucose apabila ada keperluan.

  • Mengawal tahap lemak,gula dan asid amino dalam darah

  • Melawan jangkitan dalam badan.

  • Aktiviti pembersihan darah dari toksid

  • Menuteralkan dadah dan menghapuskan toksid

  • Menyimpan zat besi,vitamin dan unsur penting lain yang berguna untuk badan

  • Menukar zat makanan kepada tenaga

  • Aktiviti berkaitan beberapa hormon badan termasuk hormon seksual.

  • Membina beberapa jenis enzim dan protein untuk kegunaan pelbagai jenis fungsi badan seperti menghalang pembekuan darah dan membaik pulih sel2 yang rosak.

     

    http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-hati-liver-cancer.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...