Barah & Kanser Hati
Sesungguhnya kanser hati adalah sejenis kanser yang paling tidak memberikan banyak masa kepada pesakit maupun doktor untuk melengah lengahkan rawatan berbanding dengan kanser lain yang lebih kompleks contohnya kanser otak.
Apabila telah disahkan anda menghidap kanser hati,sesuatu mesti dilakukan dalam tempuh 1 tahun ( maksima ) untuk anda atau doktor berbuat sesuatu.
Stastistik WHO pada tahun 2000 merekodkan 564,000 penduduk dunia didiagnos mempunyai kanser hati demgan 3/4 dari jumlah itu adalah pesakit dibahagian Asia.
Hati adalah organ yang terbesar pada tubuh manusia dan purata beratnya adalah 1.35kg untuk wanita manakala pada lelaki adalah lebih kurang 1.8kg.Ia dikatakan memproses 13 peratus darah dari keseluruhan jumlah darah yang berada dalam badan pada satu2 masa dan mempunyai sekitar 500 fungsi2 berlainan.
Ia dibahagikan kepada 2 bahagian yang berlainan saiz dan terletak disisi kanan rongga perut dibawah diafram abdomen.Darah yang mengandungi zat dan nutrient yang dicerna dari usus besar dibawa kehati olih pembuluh utama “ PORTAL VIEN” sementara “HEPATIC ARTERY” pula mengangkut darah yang kaya dengan oksigen dari saluran utama jantung yang dipanggil “AORTA”.
Dari pembuluh darah utama tadi ia dipecahkan kepada pelbagai saiz saluran darah didalam hati sehinggalah saiz yang amat seni yang dipanggil kapilari yang menuju kearah ribuan ( 100,000 )“LOBULUS” yang terdapat dalam hati.Setiap “LOBULUS” pula mewakili sel-sel utama hati yang amat seni yang menjadi sumber metabolisma hati.
“HEPATOCYTES” mewakili 60 peratus sel2 hati yang berfungsi menyerap zat2 makanan,detoks dan menapis bahan2 asing yang merbahaya dalam darah.
Secara ringkasnya fungsi utama hati ialah:
Memproses zat makanan dan menukarkannya dalam bentuk“gylicogen” yang disimpan dalam hati dan otot.Apabila kita memerlukan tenaga hati menukarkannya kembali dalam bentuk glucose apabila ada keperluan.
Mengawal tahap lemak,gula dan asid amino dalam darah
Melawan jangkitan dalam badan.
Aktiviti pembersihan darah dari toksid
Menuteralkan dadah dan menghapuskan toksid
Menyimpan zat besi,vitamin dan unsur penting lain yang berguna untuk badan
Menukar zat makanan kepada tenaga
Aktiviti berkaitan beberapa hormon badan termasuk hormon seksual.
Membina beberapa jenis enzim dan protein untuk kegunaan pelbagai jenis fungsi badan seperti menghalang pembekuan darah dan membaik pulih sel2 yang rosak.
http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-hati-liver-cancer.html
No comments:
Post a Comment