Kaedah Diagnosis
Ujian darah untuk mengesan kanser hati kadangkalanya amat sukar untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai kehadiran sel2 kanser terutamanya yang berkaitan terdapatnya sel kanser dalam hati kecuali jika ianya telah berada pada peringkat2 tertentu.Kaedah “tumor marker” yakni mengesan kehadiran protin pada tumor adalah yang paling kerap diguna pakai jika ujian darah hendak dilaksanakan.
Sehingga kini kaedah imbasan pada hati adalah cara yang tepat untuk mengesan kehadiran kanser atau tumor dalam hati.Apabila doktor mengesyaki sesuatu perkara yang tidak normal pada hati beliau biasanya mengarahkan ujian “ultra sound” dilakukan.
Kaedah “ultra sound” pada hati dikatakan amat selamat kerana ia tidak melibatkan penggunaan radiasi dan suntikkan dadah2 tertentu namun untuk mendapatkan keputusan yang tepat ia harus dilakukan olih pakar yang berpengalaman.
Kaedah lain ialah penggunaan CT Scan ( computerized axial thomograpahy ).Ia biasa digunakan untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat mengenai tumor dan kedudukkannya dalam hati.
Namun pada sesetengah keadaan penggunaan yang kerap keatas pesakit akan menimbulkan gejala2 yang lain umpamanya gangguan kepada fungsi buah pinggang.
Jika anda seorang yang mempunyai alahan kepada dadah tertentu,anda wajar memberitahu doktor anda kerana ct scan melibatkan menyuntik anda dengan bahan2 tertentu untuk mendapatkan gambaran yang paling jelas keadan tumor hati.
Adakalanya penggunaan kaedah imbasan MRI ( magnetic resonance imaging ) juga digunakan kerana ia adalah kaedah termaju mesin2 imbasan dan memberikan beberapa petunjuk tambahan mengenai tumor dalam hati dan keadaan pembuluh darah yang masuk dan keluar dari hati.
Kelebihan kaedah MRI ialah ia tidak menggunakan sinaran radiasi dan dengan cara ini ia bolih digunakan berulang kali tanpa risau kesan sampingannya terhadap pesakit.
Kesemua kaedah tersebut bergantung kepada kos kerana kos melaksanakan kaedah MRI adalah lebih tinggi berbanding kaedah “ultra sound” dan “ct scan”.
Kaedah terakhir yang digunakan untuk diagnos kanser hati ialah melalui ujian “biopsy” dimana sedikit tisu hati dimbil melalui pembedahan kecil dibahagian bawah abdomen.Biopsy dapat menentukan jenis tumor yang terdapat dalam hati samada jenis“benign” atau “malignant”.
Pengredan Kanser Hati
Kaedah pengredan tahap kanser hati biasanya dibuat menggunakan kaedah TNM kerana ianya lebih spesifik dan dapat mengambarkan keadaan sebenar kanser hati.
T – Berapa jauh tumor telah berkembang dalam hati .
N – Adakah tumor telah bermestasis ke tisu bersebelahan
M – Adakah kanser telah bermestasis ke bahagian organ yang lain
Kemudian TNM dipecahkan kepad beberapa gred lagi untuk mengambarkan keadaan tumor
TX – Tumor tidak dapat di akses
T0 – Tiada eviden keujudan tumor
TIS – Carcinoma in situ
T1,T2,T3,T4 – Mengambarkan berkembangnya saiz tumor
NX – Perebakkannya tidak dapat di akses
NO – Tiada mestasis ke lympnode bersebelahan
N1,N2,N3 –Kanser telah bermestasis ke lympnode bersebelahan.
MX – Mestatasis ke luar dari organ tidak dapat diakses
MO – Tiada mestatasis ke organ yang jauh berlaku
M1 - Kanser telah bermestasis ke organ yang jauh.
Kemudian staging berikut digunakan untuk mengambarkan keadaan tumor / kanser hati
T1 – Tumor yang tidak menyerang kedalam saluran darah
T2 - Tumor menyerang kedalam saluran darah atau terdapat lebih dari satu tumor yang berukuran tidak melebihi 5cm
T3 - Terdapat lebih dari satu tumor yang berukuran melebihi 5cmdan telah menyerang salur utama darah atau “hepatic vein”
T4 – Terdapat lebih dari satu tumor yang telah menyerang organ selain hempedu atau merebak ke bahagian “peritoneum” di abdomen.
Seterusnya pengredan tersebut diterjemahkan kepada tahap atau“staging” yang mengambarkan secara lengkap keadaan kanser hati.
Anda perlu merujuk kembali urutan TNM diatas untuk memahami tahap kanser hati secara menyeluruh.
Stage 1 : T1 – NO – MO
Stage 2 :T2 – NO – MO
Stage 3A : T3 – NO – MO
Stage 3B : T4 – NO –MO
Stage 3C : mana2 T – N1 – MO
Stage 4 : mana2 T – mana2 – N – M1
Source:
http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-hati-liver-cancer.html