Kanser Hati: Kaedah Diagnosis & Pengredan

 

Kaedah Diagnosis

 

Ujian darah untuk mengesan kanser hati kadangkalanya amat sukar untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai kehadiran sel2 kanser  terutamanya yang berkaitan terdapatnya sel kanser dalam hati kecuali  jika ianya telah berada pada peringkat2 tertentu.Kaedah “tumor marker” yakni mengesan kehadiran protin pada tumor adalah yang paling kerap diguna pakai  jika ujian darah hendak dilaksanakan.

Sehingga kini kaedah imbasan pada hati adalah cara yang tepat untuk mengesan kehadiran kanser atau tumor dalam hati.Apabila doktor mengesyaki sesuatu perkara yang tidak normal pada hati beliau biasanya mengarahkan ujian “ultra sound” dilakukan.

 

Kaedah “ultra sound” pada hati dikatakan amat selamat kerana ia tidak melibatkan penggunaan radiasi dan suntikkan dadah2 tertentu namun untuk mendapatkan keputusan yang tepat ia harus dilakukan olih pakar yang berpengalaman.

Kaedah lain ialah penggunaan CT Scan (  computerized axial thomograpahy ).Ia biasa digunakan untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat mengenai tumor dan kedudukkannya dalam hati.

 

Namun pada sesetengah keadaan penggunaan yang kerap keatas pesakit akan menimbulkan gejala2 yang lain umpamanya gangguan kepada fungsi buah pinggang.

Jika anda seorang yang  mempunyai alahan kepada dadah tertentu,anda wajar memberitahu doktor anda kerana ct scan melibatkan menyuntik anda dengan bahan2 tertentu untuk mendapatkan gambaran yang paling jelas keadan tumor hati.

 

Adakalanya penggunaan kaedah imbasan  MRI ( magnetic resonance imaging ) juga digunakan kerana ia adalah kaedah termaju mesin2 imbasan dan memberikan beberapa petunjuk tambahan mengenai tumor dalam hati dan keadaan pembuluh darah yang masuk dan keluar dari hati.


Kelebihan  kaedah MRI ialah ia tidak menggunakan sinaran radiasi dan dengan cara ini ia bolih digunakan berulang kali tanpa risau kesan sampingannya terhadap pesakit.

Kesemua kaedah tersebut bergantung kepada kos kerana kos  melaksanakan kaedah MRI adalah  lebih tinggi berbanding kaedah “ultra sound” dan “ct scan”.

 

Kaedah terakhir yang digunakan untuk diagnos kanser hati ialah melalui ujian “biopsy” dimana sedikit tisu hati dimbil melalui pembedahan kecil dibahagian bawah abdomen.Biopsy dapat menentukan jenis tumor yang terdapat dalam hati  samada jenis“benign” atau “malignant”.

 

Pengredan Kanser Hati

 

Kaedah  pengredan tahap kanser hati  biasanya dibuat menggunakan kaedah TNM kerana ianya lebih spesifik dan dapat mengambarkan keadaan sebenar kanser hati.

  • T – Berapa jauh tumor telah berkembang dalam hati .

  • N – Adakah tumor telah bermestasis ke tisu bersebelahan

  • M – Adakah kanser telah bermestasis ke bahagian organ yang lain

Kemudian TNM dipecahkan kepad beberapa gred lagi untuk mengambarkan keadaan tumor

  • TX – Tumor tidak dapat di akses

  • T0 – Tiada eviden keujudan tumor

  • TIS – Carcinoma in situ

  • T1,T2,T3,T4 – Mengambarkan  berkembangnya saiz tumor

  • NX – Perebakkannya tidak dapat di akses

  • NO – Tiada mestasis ke lympnode bersebelahan

  • N1,N2,N3 –Kanser telah bermestasis ke lympnode bersebelahan.

  • MX – Mestatasis ke luar dari organ tidak dapat diakses

  • MO – Tiada mestatasis ke organ yang jauh berlaku

  • M1  -  Kanser telah bermestasis ke organ yang jauh.

  • Kemudian staging berikut digunakan untuk mengambarkan keadaan tumor / kanser hati

  • T1 – Tumor  yang tidak menyerang kedalam saluran darah

  • T2 -  Tumor menyerang kedalam saluran darah atau terdapat lebih dari satu tumor yang berukuran tidak melebihi 5cm

  • T3 -  Terdapat lebih dari satu tumor yang berukuran melebihi 5cmdan telah menyerang salur utama darah atau “hepatic vein”

  • T4 –  Terdapat lebih dari satu tumor  yang telah menyerang organ selain   hempedu atau merebak ke bahagian “peritoneum” di  abdomen.

Seterusnya pengredan tersebut diterjemahkan kepada tahap atau“staging” yang mengambarkan secara lengkap keadaan kanser hati.

 

Anda perlu merujuk kembali  urutan TNM diatas  untuk memahami  tahap kanser hati secara menyeluruh.

  • Stage 1   : T1 – NO – MO

  • Stage 2    :T2 – NO – MO

  • Stage 3A : T3 – NO – MO

  • Stage 3B : T4 – NO –MO

  • Stage 3C : mana2 T – N1 – MO

  • Stage 4   : mana2 T – mana2 – N – M1

Source:

http://www.cancerstaging.org/products/ajccguide.pdf

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-hati-liver-cancer.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...