Hati Berlemak:
Selain masalah jantung mengandungi lemak yang boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit, ada organ lain yang tidak terkecuali berdepan masalah yang sama.Organ terbesar dalam tubuh yang mempunyai pelbagai fungsi penting yang dimaksudkan ialah hati. Hati berlemak atau steatosis adalah satu keadaan yang mana ada lemak berlebihan pada hati. Hati berlemak kerap jadi pada wanita.
Hati berlemak yang tidak dirawat boleh mendedahkan individu terbabit
menghadapi masalah hati atau penyakit lain yang lebih serius
Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh
Hati berlemak yang tidak dirawat boleh mendedahkan individu terbabit
menghadapi masalah hati atau penyakit lain yang lebih serius
Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh
Hati adalah organ yang berfungsi untuk menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh.
Trigliserid pula antara bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel baru.Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu oleh minuman keras, kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan. Dalam kes hati berlemak, jumlah lemak yang kebanyakannya terdiri daripada trigliserid ada dalam sel hati. Jika lemak yang diproses ini berlebihan daripada apa yang diperlukan dalam tubuh, ia akan disimpan. Di kalangan individu yang obes, lemak akan lebih banyak terbentuk dalam sel hati. Beliau berkata, dalam kes yang serius saiz hati meningkat tiga kali ganda daripada saiz normal.
Hepatitis A, B & C
Apa itu Hepatitis?
Hepatitis merupakan penyakit radang hati. Istilah ‘hepatitis’ berasal dari perkataan ‘hepar’ (hati/liver) dan ‘itis’ (radang). Hepatitis terjadi akibat daripada pelbagai faktor.
Hepatitis boleh disebabkan oleh virus, dadah, alkohol, bahan kimia atau jangkitan virus. Terdapat beberapa jenis virus yang boleh menjangkiti hati dan menyebabkan hepatitis.
Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah:
Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A.
Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B.
Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.
Sirosis Hati
Apakah tanda-tanda amaran Hepatitis?Antara risiko yang dikenalpasti untuk penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C ialah perkongsian jarum suntikan, hubungan seks dengan pasangan yang mempunyai jangkitan dan melalui kelahiran iaitu ibu kepada bayinya.Dato Dr Zaininah , Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda-tanda berlaku , ia adalah sama untuk semua berlainan jenis hepatitis. Tanda-tanda antara ialah:
- Merasa letih
- Kurang selera makan/Loya
- Muntah
- Sakit perut (abdomen)
- Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning)
- Air kencing berubah warna menjadi warna teh
- Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat
Apakah komplikasi hepatitis yang kronik ?
Bila penyakit hepatitis kritikal dan kronik (lebih dari 6 bulan),
kemungkinan organ hati sudah rosak. Lama-kelamaan sel-sel hati bertukar
menjadi tisu fibrous dan meninggalkan parut dipanggil sirrosis hati.Tanda-tanda sirrosis hati ialah :
- Abdominal membengkak
- Sangat mudah lebam
- Berubah tingkah laku atau berubah kepekaan
- Muntah darah
- Najis hitam
- Kanser Hati
- Maut
Bila
sirrosis hati tidak mengekalkan fungsi-fungsi sebenar hati atau
komplikasi tidak terkawal lagi, untuk meneruskan hidup pesakit itu
memerlukan pemindahan organ hati yang baru menerusi prosedur transplan.
Apakah hepatitis A?
Hepatitis A didapati dari memakan makanan atau meminum minuman dicemari oleh virus hepatitis A. Virus hepatitis A didapati dalam najis seseorang dijangkiti hepatitis A .Siapakah yang mempunyai risiko mendapat jangkitan hepatitis A ?
- Individu yang menjamah makanan dan minuman dijangkiti disediakan oleh individu dijangkiti Hepatitis A yang tidak menjaga kerbersihan diri.
- Ahli keluarga atau hubungan seks dengan individu yang dijangkiti.
- Hubungan seks sesama lelaki.
Jangkitan virus Hepatitis B tidak macam Hepatitis A, ia boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati.
Di Malaysia, bilangan penduduk yang menderita penyakit Hepatitis B biasanya dijangkiti sejak dalam kandungan lagi atau semasa kecil.
Ini menyebabkan risiko tinggi untuk menjadi penyakit hati yang kronik.
Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis B?
- Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.
- Tinggal serumah dengan individu dijangkiti.
- Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .
- Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).
- Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks.
- Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
- Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.
Apakah Hepatitis C ?
Hepatitis C boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Majoriti individu yang dijangkiti tidak menpunyai simptom-simptom.Berbanding dengan hepatitis B, jumlah pesakit Hepatitis C adalah sedikit di Malaysia .
Bagaimanapun, individu yang dijangkiti akan menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati dengan komplikasinya.
Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis C?
- Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.
- Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental.
- Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .
- Penagih dadah yang menggunakan suntikan .
- Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994.
- Pesakit menggunakan haemodialysis.
- Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti tetapi risiko itu dijangkiti adalah sangat kecil (kira-kira 4%.)
Sirosis hati adalah parut pada hati yang melibatkan pertukaran gentian tisu (scar) yang bergabung dengan pemusnahan organ yang normal.
Hasil daripada kecederaan yang lama secara amnya hasil dari pengambilan alkohol secara berlebihan tetapi terdapat beberapa punca utama yang lain.
Sirosis adalah keadaan yang serius. Hanya 30 peratus pesakit dengan masalah ini dapat hidup selama 5 tahun selepas diagnosis dan tinjauan menunjukkan ia akan menjadi lebih teruk jika puncanya adalah alkohol dan pesakit tetap meminumnya juga.
Sirosis adalah penyakit yang kurang dikenali yang kebanyakkannya berjangkit pada wanita. Ia tidak berkait dengan alkohol.
Untuk beberapa sebab badan akan menyerang hati pada pesakit adalah dengan sirosis.
Kanser Hati
Sesuatu yang amat menakutkan mengenai kanser hati adalah kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom yang jelas pada peringkat awal ia bermula.Apabila simptom2 tertentu mula dirasai seperti perubahan pada warna mata putih ( kekuningan ) atau terdapat benjolan yang menyakitkan pada abdomen, anda sebenarnya berada pada peringkat 4 kanser hati.
Peringkat awal kanser hati seringkali ditemui secara tidak sengaja apabila doktor melakukan rutin2 biasa semasa merawat penyakit lain seperti melakukan imbasan dan ujian darah.
Gejala Penyakit Hati
http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/penyakit/masalah-penyakit-hati
No comments:
Post a Comment