KENAPA?
Terdapat
bukti yang baik mengatakan bahawa pengesanan awal
HbsAg (antigen/virus) di kalangan ibu mengandung boleh mencegah
jangkitan ini kepada bayi baru lahir. Vaksin Hepatitis B dan
gabungannya dengan imunoglobulin hepatitis B (Hblg)
didapati berkesan untuk mencegah kejadian jangkitan
virus Hepatitis B (HVB) di kalangan bayi-bayi yang
dilahirkan oleh ibu-ibu yang didapati HbsAg positif.
BILA?
Saringan
akan dilakukan semasa ibu membuat lawatan kali
pertama ke klinik ibu mengandung. Jika ujian itu didapati
negatif, tetapi ibu merasa kurang sihat yang menandakan ia
berkemungkinan dijangkiti vius Heptitis B (HBV) terutama
bagi mereka yang berisiko tinggi, maka ujian perlu
dilakukan sekali kali lagi semasa 3 bulan terakhir
kehamilan.
Mengesan
jangkitan virus Hepatitis B sama ada yang akut atau
kronik dianggap penting untuk mencegah perebakan kuman virus
kepada orang lain selain dari bayi. Individu-individu yang
dikesan boleh diberikan nasihat tentang bagaimana
hendak mencegah perebakan kuman virus kepada orang
lain terutama kepada yang disayangi.
Kita
tidak perlu merasa cemas apabila seseorang itu didapati
positif ujian HBVnya. Ini kerana kebanyakan pesakit akan
menjalani kehidupan yang sihat seperti biasa dengan bantuan
dan nasihat yang baik. Ia mungkin melibatkan rawatan
dan penjagaan kesihatan yang berpanjangan tetapi
ianya berbaloi.
DI MANA?
Objektif utama saringan adalah untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya perebakan kuman Hepatitis
B (HBV) kepada bayi dan orang lain. Dengan ini,
ia dapat mengurangkan kejadian atau prevalens
jangkitan kuman virus Hepatitis B. Ia merupakan satu ujian yang
mudah yang boleh didapati di semua kemudahan perubatan dan
kesihatan sama ada milik kerajaan atau swasta.
Ianya didapati lebih berkesan jika dilakukan
sebelum seseorang itu bercadang untuk memulakan
sebuah keluarga. Imunisasi ini sentiasa ada,
selamat dan berkesan untuk diberi kepada mereka yang belum lagi
membentuk ketahanan badan terhadap kuman.http://e-kesihatanmalaysia.blogspot.com/2012/01/hepatitis-b-dan-kehamilan.html
No comments:
Post a Comment