Dalam masa beberapa jam
Virus hepatitis B memasuki saluran darah - Menuju ke hati – Melekat pada sel hati - Kapsul luaran melekat pada permukaan sel - Gen virus menembusi kapsul ke dalam sel - Menggabungkan dirinya ke dalam fungsi normal sel – Menghasilkan semula beribu-ribu virus – Virus-virus meninggalkan sel dan menjangkiti sel-sel hati.
Dua hingga enam minggu
Individu yang dijangkiti boleh memindahkan virus kepada orang lain sekalipun tanpa menunjukkan apa-apa gejala
- Pembahagian HBV di dalam hati mencetuskan sistem imun
- Tubuh mula menghasilkan antibodi yang dicipta khas untuk menyerang vitus hepatitis B
- Kerosakan hati bermula apabila sistem imun menentang kehadiran HBV asing
- Antibodi juga membantu menyahkan virus daripada saluran darah
- Kira-kira 60 peratus pesakit mengenal pasti gejala-gejala hepatitis B.
Selepas enam bulan
Kira-kira 95 peratus orang dewasa berupaya sembuh daripada jangkitan HBV tanpa kerosakan jangka panjang
- Satu peratus orang dewasa menghidap hepatitis fulminan akut (teruk dan akut, kira-kira 80 peratus daripadanya meninggal dunia).
Berikut adalah peratusan yang berkembang menjadi penyakit hepatitis virus kronik membabitkan pembahagian aktif, tindak balas yang melemahkan imun dan kerap meningkatkan enzim hati: Bayi baru lahir (90 peratus), kanak-kanak yang dijangkiti di bawah usia enam tahun (25 hingga 30 peratus) dan orang dewasa (kurang 10 peratus).
Bertahun-tahun kemudian
Antara 15 hingga 40 peratus pembawa HBV kronik akan mengalami komplikasi serius. Hepatitis virus kronik merupakan penyebab utama penyakit-penyakit di bawah:
Penyakit hati kronik – menyebabkan kemusnahan tisu hati secara beransur-ansur. Beberapa penyakit hati jatuh di bawah kategori ini termasuk sirosis
Sirosis - kerosakan berlaku terhadap sel-sel hati yang sihat dan normal dan digantikan dengan tisu berparut. Hati tidak mampu lagi menjalankan fungsinya dengan baik.
Walaupun demikian, penghidapnya mampu terus hidup normal beberapa tahun lamanya. Sirosis tiada penawar sekalipun sesetengah rawatan tersedia untuk memperlahankan penyakit.
Karsinoma hepatoselular (HCC) - kanser hati. Mungkin terjadi setelah sekian lama di kalangan pesakit jangkitan HBV kronik. Ia mungkin dicetuskan oleh perubahan-perubahan di dalam DNA sel hati. Punca sebenar tidak diketahui.
Fakta menarik mengenai hati:
* Saiz: kira-kira 1.36 kilogram (orang dewasa)
* Organ kedua terbesar selepas kulit
* Terbina daripada jutaan sel-sel hati/hepatosit
* Satu-satunya organ yang mampu menjana diri sendiri; boleh dipindahkan sehingga 75 peratus
* Mengalirkan hempedu, yang membantu mencerna makanan dan menyerap nutrien/zat-zat makanan penting
* Membentuk protein plasma yang penting untuk pembekuan darah
* Membantu tubuh melawan jangkitan
* Menyingkirkan bahan buangan dan racun dari dalam darah
* Menyimpan vitamin dan mineral.
http://hmachang.moh.gov.my/v3/modules/xt_conteudo/index.php?id=71
Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413
ReplyDelete