Apa itu Barah Hati?


 Apa itu barah Hati?
Nama barah diambil sempena nama bahagian barah itu tumbuh. barah hati terjadi apabila sel-sel hati berubah dan menjadi malignan. barah hati ini juga dikenali sebagai hepatoma. Ia berasal dari hati bukan hasil perebakan (metastasis). Metastasis terjadi apabila sel-sel barah yang berasal dari bahagian lain dalam tubuh manusia merebak ke bahagian hati.
Barah hati selalunya terjadi pada seseorang yang dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun. Menurut kajian kaum lelaki lebih banyak mendapat penyakit ini berbanding kaum perempuan. Tumor hati primer iaitu tumor yang bermula dari tisu hati itu sendiri boleh di bahagikan kepada 2 iaitu:-
  • tumor benigna - Adalah lebih biasa berlaku berbanding dengan tumor hati malignan, Ianya termasuk hemangioma, adenoma dan hiperplasia nodul fokal.
  • tumor malignan hati - Termasuklah hepatoma (barah hati primer), barah kolangioselular, gabungan barah hepato-kolangioselular dan angiosarkoma.
Faktor barah Hati
Antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat barah hati ialah:-
  • Pembawa penyakit Hepatitis B - pembawa penyakit ini lebih berisiko tinggi mendapat barah hati jika mereka mempunyai virus yang boleh merosakkan hati.
  • ketagihan alkohol - kebiasaan mereka yang ketagihan alkohol lebih banyak dikaitkan dengan penyakit barah hati. 

Kesakitan Barah Hati
Kesakitan barah hati biasanya berlaku sepanjang masa dia saat ada mengidap barah tersebut. Semasa berlaku tekanan terhadap saraf dan organ lain, ketumbuhan itu sendiri boleh menyebabkan rasa sakit, kesakitan kanser hati ini mugkin kronik atau akut.
Sakit akut berlaku kerana kerosakan tisu badan dalam tempoh yang terhad. Apabila punca kesakitan dikenal pasti, Ia boleh dikawal.
Untuk sakit yang kronik, sakit biasanya akan beterusan(biasanya lebih dari 3 bulan). Sistem saraf kita akan menyesuaikannya kerana rasa sakit kronik ini tidak dapat diubah. Hal sedemikian akan menyebabkan kemurungan, kerisauan dan insomnia. Rawatan kanser hati juga menyebakan anda berasa ketidakselesaan. Pasukan rawatan di Pusat Perubatan Kanser Amerika (CTCA) mengatakan bahawa rasa yang berlarutan akan menjejaskan kehidupan anda seharian. Jadi, anda perlu menguruskannya dengan sebaik mungkin.


Diet Barah Hati
Diet Kanser Hati – Hal yang paling penting bagi mereka yang mengidap kanser hati adalah dari segi diet pemakanan. Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu diambil dan wajib dielakkan. Jika mereka tidak menghiraukan dari segi permakanan penyakit ini boleh menjadi semakin serius bahkan boleh mengakibatkan kematian. Dibawah ini adalah senarai makanan dan minuman yang perlu diambil dan dielakkan.

Makanan dan Minuman yang perlu diambil
  • Susu dan yogurt
    • Anda harus mengambil susu dan yogurt kerana ia dapat mengurangkan perkembangan kanser hati. Anda harus memastikan bawaha susu dan yogurt adalah bebas gula.
    • Makan 7-9 hidangan buah-buahan segar dan sayur-sayuran(organik dan bebas racun perosak)
    • Anda harus mengambil sayur-sayuran dan buah yang mengandungi vitamin C dan vitamain B yang tinggi. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan yang organik dan tidak mengunakan racun perosak. Menurut penelitian kami mereka yang mengamalkan pemakanan sayur-sayuran kuning dan oren (labu,ubi jalar, ubi) dan sayur-sayuran seperti brokoli mempuyai peluang yang lebih rendah untuk mendapat kanser hati daripada meraka yang tidak memakan sayur-sayuran ini secara teratur.
  • Teh
    • Teh hijau adalah salah satu minuman popular yang biasa digunakan sebagai minuman berkhasiat.
  • Makanan berserat tinggi
    • Salah satu cara untuk melawan penyakit kanser hati, pesakit haruslah mengambil makanan yang berserat tinggi seperti oat dan kekacang.
    • Ada dua kategori makanan berserat tinggi yang memberikan kesan yang berbeza pada tubuh kita. Pertama adalah serat larut dan yang kedua serat tidak larut.
    • Serat larut seperti kacang kering, kacang peas, oat dan biji rami. Ia juga terdapat pada jeruk epal dan lobak merah. Serat larut ini membantu mengatur gula dalam darah kerana ia terikat dengan asid lemak dalam perut dan memanjangkan proses pencernaan, selain itu dia menurunkan LDL (Low Density Lipoprotien) atau dikenali sebagai “kolesterol buruk” dan membantu mengurangkan jumlah kolesterol secara keseluruhan.
    • Untuk serat tidak larut, kita boleh menemuinya dalam roti gandum,bunga kobis, kacang hijau, pada kulit buah-buahan dan sayur-sayuran berakar. Ini adalah baik untuk proses pencernaan dan membantu pengeluaran toksin dalam badan mengimbangi keasidan dalam badan.
    • Kami mengesyorkan pengambilan serat dalam jumlah 30-40gram sehari.
  • Jus Delima
    • Pesakit kanser hati harus mengambil minuman jus delima kerana membantu mencegah kanser hati
    • Untuk lelaki, satu lagi manafaat jus delima kepada kaum laki-laki bahawa jus delima adalah pilihan yang berkesan bagi rawatan kanser prostat.
  • Minyak zaitun
    • Minyak zaitun dapat membersihkan hati dan memberikan fungsi tubuh anda kembali ketahap optima. Meningkatkan tumpuan dan tenaga anda.
  • Ikan Stim dan rebus.(ikan laut dalam)
    • Ikan memberikan lemak yang sihat dan tidak memburukkan kanser hati. Bagi mereka yang sagat peka mengenai kanser, ikan laut dalam adalah yang terbaik. Ianya merupakan sumber protin yang bagus.
  • Diet Bebas Gula
    • Pekara yang paling mustahak dalam mencegah kanser hati adalah pemakanan yang bebas gula. Ini kerana pesakit diabetes mempuyai risiko yang sangat tinggi untuk mendapat kanser hati.
Makanan dan minuman yang perlu dielakkan
  • Lemak Haiwan / Lemak Trans
  • Pesakit harus mengelakkan dari mengambil kedua – dua jenis lemak tersebut kerana ianya berbahaya bagi melawan penyakit kanser.
  • Daging Merah
  • Anda tidak boleh mengambil daging merah secara berlebihan atau elakkan dari mengambil daging merah.
  • Alkohol
  • Pesakit barah juga perlu menghindari dari memakan bijan, lada dan keju. Kerana ianya akan memburukkan lagi barah tersebut.

Pengurusan Emosi Barah Hati
Pengurusan emosi bagi pesakit barah hati bukanlah satu perkara yang mudah. Terutamanya bagi mereka yang akrab/rapat dengan si pesakit. Kita haruslah memberikan perhatian yang khusus dan pandai untuk mengambil hati pengidap barah hati ini. Mereka amat memerlukan sokongan dan dorongan dari semua pihak terutamanya dari mereka yang disayangi.

Memberi perhatian dan bersikap tenang

Membentuk satu hubungan yang baik dan perasaan menghormati dengan setiap jururawat dan doktor barah hati ialah satu kunci dimana kita boleh mengetahui sejauh mana keadaan barah tersebut. Apabila anda mendengar berita buruk tentang pasangan ataupun ahli keluarga mengenai barah hati jangan terlalu emosional, menagis ataupun merengek. Ini akan membuatkan doktor berasa takut untuk memberitahu hal yang sebenarnya tentang keadaan pesakit. Anda perlu tenang dan mendengar dengan cermat apa yang dikatakan doktor. Adalah lebih baik jika anda mempunyai soalan untuk diajukan kepada doktor dengan hal hal yang berkait. Mereka akan melihat anda sebagai seorang yang cekal. Jika anda berasa seperti ingin menagis, tahan perasaan tersebut dan lepaskan sesudahnya. Jangan biarkan mereka melihat anda bersedih dan menagis.

Perubahan Emosi

Terkejut, takut, marah, dan tidak percaya semua emosi yang anda akan mengalami saat orang yang anda sayangi menjalani Barah Hati, dimana pada hari ini mungkin ia melibatkan pemindahan hati. Kadang-kadang, ketika anda merasa kecewa dengan situasi anda, sila ingat bahawa ini adalah perasaan semulajadi. Jadi, angaplah ia sebagai cabaran dan jangan
menyalahkan diri sendiri. Sebaliknya, anda perlu untuk mencari sokongan dan bantuan supaya anda dapat mengatasi emosi dan perasaan anda.

Sesetengah orang akan berasa selesa untuk berbincang dengan ahli keluarga sendiri ataupun teman rapat. Namun ada sesetegah orang lebih senang untuk berbicara dengan mereka yang bukan teman rapat ataupun orang asing. Apa yang penting supaya dapat mengatasi perasaan dan emosi anda.

 
Kita harus membuat mereka yang mengidap barah hati supaya gembira dan bahagia, jangan sama sekali memaksa atau mempersendakan pengidap barah hati kerana beliau berhak untuk berasa gembira dan bahagia, jika boleh kita jangan sesekali membuat perasaannya terluka. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat memberikan pesakit barah hati ini kekuatan untuk menempuhi penderitaan barah hati yang dialami.

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Rawatan_Herba_Pengurusan_Emosi_Barah_hati.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...