Apa itu barah Hati?
|
Nama barah diambil sempena nama bahagian barah itu tumbuh. barah hati terjadi apabila sel-sel hati berubah dan menjadi malignan. barah hati ini juga dikenali sebagai hepatoma. Ia berasal dari hati bukan hasil perebakan (metastasis). Metastasis terjadi apabila sel-sel barah yang berasal dari bahagian lain dalam tubuh manusia merebak ke bahagian hati.
|
Barah hati selalunya terjadi pada seseorang yang dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun. Menurut kajian kaum lelaki lebih banyak mendapat penyakit ini berbanding kaum perempuan. Tumor hati primer iaitu tumor yang bermula dari tisu hati itu sendiri boleh di bahagikan kepada 2 iaitu:-
| |||||
Faktor barah Hati | |||||
Antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat barah hati ialah:-
Sakit akut berlaku kerana kerosakan tisu badan dalam tempoh yang terhad. Apabila punca kesakitan dikenal pasti, Ia boleh dikawal. Untuk sakit yang kronik, sakit biasanya akan beterusan(biasanya lebih dari 3 bulan). Sistem saraf kita akan menyesuaikannya kerana rasa sakit kronik ini tidak dapat diubah. Hal sedemikian akan menyebabkan kemurungan, kerisauan dan insomnia. Rawatan kanser hati juga menyebakan anda berasa ketidakselesaan. Pasukan rawatan di Pusat Perubatan Kanser Amerika (CTCA) mengatakan bahawa rasa yang berlarutan akan menjejaskan kehidupan anda seharian. Jadi, anda perlu menguruskannya dengan sebaik mungkin.
Diet Barah Hati
Diet Kanser Hati – Hal yang paling penting bagi mereka yang mengidap kanser hati adalah dari segi diet pemakanan. Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu diambil dan wajib dielakkan. Jika mereka tidak menghiraukan dari segi permakanan penyakit ini boleh menjadi semakin serius bahkan boleh mengakibatkan kematian. Dibawah ini adalah senarai makanan dan minuman yang perlu diambil dan dielakkan.Makanan dan Minuman yang perlu diambil
Memberi perhatian dan bersikap tenang Membentuk satu hubungan yang baik dan perasaan menghormati dengan setiap jururawat dan doktor barah hati ialah satu kunci dimana kita boleh mengetahui sejauh mana keadaan barah tersebut. Apabila anda mendengar berita buruk tentang pasangan ataupun ahli keluarga mengenai barah hati jangan terlalu emosional, menagis ataupun merengek. Ini akan membuatkan doktor berasa takut untuk memberitahu hal yang sebenarnya tentang keadaan pesakit. Anda perlu tenang dan mendengar dengan cermat apa yang dikatakan doktor. Adalah lebih baik jika anda mempunyai soalan untuk diajukan kepada doktor dengan hal hal yang berkait. Mereka akan melihat anda sebagai seorang yang cekal. Jika anda berasa seperti ingin menagis, tahan perasaan tersebut dan lepaskan sesudahnya. Jangan biarkan mereka melihat anda bersedih dan menagis. Perubahan Emosi Terkejut, takut, marah, dan tidak percaya semua emosi yang anda akan mengalami saat orang yang anda sayangi menjalani Barah Hati, dimana pada hari ini mungkin ia melibatkan pemindahan hati. Kadang-kadang, ketika anda merasa kecewa dengan situasi anda, sila ingat bahawa ini adalah perasaan semulajadi. Jadi, angaplah ia sebagai cabaran dan jangan menyalahkan diri sendiri. Sebaliknya, anda perlu untuk mencari sokongan dan bantuan supaya anda dapat mengatasi emosi dan perasaan anda. Sesetengah orang akan berasa selesa untuk berbincang dengan ahli keluarga sendiri ataupun teman rapat. Namun ada sesetegah orang lebih senang untuk berbicara dengan mereka yang bukan teman rapat ataupun orang asing. Apa yang penting supaya dapat mengatasi perasaan dan emosi anda. Kita harus membuat mereka yang mengidap barah hati supaya gembira dan bahagia, jangan sama sekali memaksa atau mempersendakan pengidap barah hati kerana beliau berhak untuk berasa gembira dan bahagia, jika boleh kita jangan sesekali membuat perasaannya terluka. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat memberikan pesakit barah hati ini kekuatan untuk menempuhi penderitaan barah hati yang dialami. http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Rawatan_Herba_Pengurusan_Emosi_Barah_hati.html |
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete