Saintis China Cipta Albumin Daripada Beras Untuk Rawatan Hati


Sekumpulan saintis di sebuah universiti di China semalam menyatakan mereka berjaya menghasilkan albumin daripada beras. Albumin adalah sejenis protein yang ditemui dalam darah manusia yang digunakan untuk merawat kesan melecur, kejutan trauma dan penyakit hati.

“Apabila diekstrak daripada beras, protein yang dihasilkan adalah sama dengan albumin manusia (HSA) secara fizikal dan kimia,” kata laporan penyelidikan berkenaan yang diterbitkan dalam jurnal AS, Proceedings of the National Academy of Sciences.

Penemuan tersebut merupakan kejayaan besar dalam pengeluaran HSA yang sebelum ini dihasilkan melalui bekalan darah manusia.

http://wowberita.org/saintis-china-cipta-albumin-daripada-beras

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...