Kanser Hati: Jenis & Punca

 

Selain kanser atau kehadiran tumor, hati terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.Diantaranya ialah


HEPATITIS A

HEPATITIS B

HEPATITIS C

AUTOIMUNE HEPATITIS

CIRRHOSIS

ALCHOHOLIC LIVER DESEASE

GALLSTONE DAN GALLBLADER DISEASE

HAEMOCHROMATOSIS

WILSON’S DISEASE

PRIMARY SCLEROSING CHOLANGITIS

PRIMARY BILIARY CIRRHOSIS.


Kanser hati terbahagi kepada

  • PRIMARY CANCER juga dikenali dengan nama “hepatocellular carcinoma ( HCC ).Ia membawa maksud tumor berpunca dari dalam hati akibat dari  pelbagai penyakit seperti tersenarai diatas khususnya yang berkaitan penyakit hepatitis.

  • SECONDARY LIVER CANCER juga disebut “metastatic liver cancer”.Ia membawa maksud kanser berhijrah dari organ2 lain yang terlebih dahulu dijangkiti kanser.


Antara penyebab utama  kepada kanser hati  adalah seperti berikut:

Virus Hepatitis C

Hepatitis C dikatakan berpunca dari  pemindahan darah tercemar samaada semasa pemindahan darah ,organ atau jarum yang digunakan untuk  aktiviti2 suntikan.Selain itu ia juga bolih diwarisi dari ibubapa yang terlebih dahulu mempunyai virus hepatitis C.

Dikatakan  ujian penyaringan pemindahan darah hanya dipraktikkan selepas tahun 1992 apabila  penemuan dibuat mengenai keujudan virus hepatitis C yang ditemui dalam aktiviti2  pemindahan darah.


Bagi mereka yang mempunyai virus hepatitis C risiko untuk terkena kanser hati bergantung kepada faktor2 berikut:


1.Kewujudan Cirrhosis.Cirrhosis adalah keadaan dimana apabila hati dijangkiti virus hepatitis ,badan menghasilkan antibodi yang banyak dan berterusan untuk menentang virus hepatitis.

Ini menyebabkan terjadi keradangan pada hati dan dalam jangkamasa panjang ia mengujudkan kesan2 parut/calar pada dinding hati.Apabila  terjadi cirrhosis yang teruk hati gagal melaksanakan fungsi2 pentingnya seperti menghapuskan toksid dan aktiviti2 penapisan darah.Kegagalan fungsi ini mendorong hati terkena kanser atau ditumbuhi tumor.

2.Berumur melebihi 40 tahun

3.Jantina /Lelaki

4.Pengguna alcohol

5.Jangkitan dari virus hepatitis B


Namun terdapat juga keadaan dimana pesakit2 kanser hati yang tidak mempunyai  gejala “cirrhosis” dan para penyelidik mengesyaki ia adalah berpunca dari virus itu sendiri yang menggangu proses pengantian sel2 hati sehingga menyebabkan penyalinan sel baru menjadi salah dan seterusnya mengujudkan tumor.


Alkohol

Cirrhosis juga bolih terjadi  berpunca dari pengambilan alkohol yang banyak dan lama.Satu kronologi menarik mengenai peminum alkohol tegar adalah  mereka yang tidak berhenti minum alkohol  mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser hati berbanding mereka yang berhenti selepas beberapa tahun.


Penyelidik berpendapat apabila pengambilan alkohol diberhentikan hati berusaha  secara aktif mengantikan sel2nya yang rosak akibat dari pengambilan alkohol selama bertahun tahun.Dimasa proses inilah berlaku penyalinan yang salah dan dalam tempoh jangkamasa tertentu  penyalinan salah ini akan menjadi tumor.


Namun apabila pengambilan alkohol ini tidak diberhentikan  ia akan mengakibatkan penyakit2 berkaitan kegagalan hati tetapi mereka hidup sepuloh tahun lebih lama dari mereka yang memberhentikan pengambilan alkohol serta merta.( Pendapat ini tidak disahkan majoriti penyelidik )


Hepatitis B

Hepatitis B dikenalpasti sebagai punca utama berlaku kanser hati.Ia dikatakan banyak berpunca dari aktiviti2 berkaitan pemindahan darah,pengkongsian  jarum suntikkan,berus gigi,aktiviti seksual dan mereka yang mempunyai keturunan menghidap kanser hati.Para penyelidik berpendapat lelaki yang berumur melebihi 40 tahun yang menghidap hepatits B kronik mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser hati.


Mereka juga mendapati dari ujian yang dijalankan keatas pesakit kanser hati,mereka menemui kod2 genetik virus hepatitis B.Ini mencadangkan virus hepatitis B telah masuk menggangu proses2 berkaitan aktiviti genetic hati dan mendorong penyalinan yang salah kod2 genetik sel hati.


Ubat sintetik

Pengambilan sesetengah jenis dadah sintetik  secara berpanjangan dengan dos yang tinggi telah dikenalpasti sebagai punca kegagalan hati yang mendorong kepada terjadinya kanser hati.Ini tidak terkecuali ubat2 pengawalan kolestrol dan ubat tahan sakit.Maklumat berkenaan jenis ubat yang berisiko menyumbang kepada kegagalan hati dan menyebabkan terjadi kanser hati  bolih dirujuk link beriku.

http://www.hepcnet.net/drugsandliverdamage.html


Memahami penyebab2 diatas secara keseluruhannya, hati terkena kanser kerana berlaku beberapa perkara yang menyebabkan sistem imun bertindakbalas sehingga menyebabkan ia menjadi radang dan meninggalkan parut atau “scar” yang dipanggil“cirrhosis”.


Cirrhosis pula menghalang hati dari melaksanakan salah satu tugasnya yang terpenting iaitu menyaring dan membuang toksid dari dalam darah.Toksid atau bendasing ini pada jangkamasa yang lama akan  menyebabkan gangguan kepada replikasi sel hati menyebabkan sel2 hati membelah dalam cara yang salah sehingga membentuk tumor.


Apa yang dibincangkan diatas adalah merupakan kanser hati yang berbentuk “primary” yakni kanser yang berasal dan ditimbulkan olih beberapa gangguan dalam hati.


Namun disana ada sejenis lagi penyebab terjadinya kanser hati yang disebabkan penghijrahan bakteria kanser dari organ2 lain dalam badan yang terlebih dahulu dijangkiti kanser.Fenomena ini dinamakan “Secondary Liver Cancer”.


Ia sering disalah anggap sebagai kanser hati.Sedangkan kanser yang berhijrah dari organ lain dinamakan mengikut tempat asal ia bermula.Umpamanya kanser hati yang berpunca dari kanser ovary sepatutnya disebut “metastasic ovary cancer”


Kanser kolon,payudara,ovari,pangkerias,kulit dan paru2 adalah dikenalpasti paling gemar bermestasis ke hati dan menjadi“secondary liver cancer”.Apabila bakteria kanser ini  berhijrah meninggalkan koloninya dari tempat2 terjauh ia akan berenang melalui saluran darah dan seperti yang kita tahu darah akan dihantar kehati untuk proses penapisan dan rawatan dari unsur2 asing.


Apabila ia sampai kehati ia terus menetap disana kerana sumber2 zat permakanan yang mudah didapati .Sebab lain yang mendorong kecenderungan ini ialah kerana sel2 kanser yang datang tadi dipersiapkan dengan selaput protin yang menyebabkan antibodi gagal untuk mengecam dan membunuhnya.


Klik link berikut  untuk maklumat tambahan mengenai mestatasis.

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-dan-mestasis.html 

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-hati-liver-cancer.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...