Hepatitis C dikategorikan sebagai penyakit kronik. Virus ini dikenali sebagai HCV dan boleh berjangkit melalui perkongsian jarum suntikan dengan individu yang dijangkiti, menerima darah atau menjalani pembedahan pemindahan organ sebelum 1995, menjalani dialisis darah dalam tempoh berpanjangan, hubungan seks (terutama yang kerap bertukar pasangan), akupuntur dan jangkitan dari ibu kepada bayi ketika bersalin.
HVC mempunyai tempoh inkubasi antara enam hingga tujuh minggu. Antara gejala yang biasa yang dibabitkan dengan HCV adalah; demam kuning (30 hingga 40 peratus kes), demam yang tidak teruk, sakit perut, keletihan & kerap mendapat jangkitan virus lain seperti virus selesema.
HVC boleh menyebabkan sirosis hati dan pengambilan alkohol yang berlebihan boleh mempercepat proses sirosis hati di kalangan penghidap Hepatitis B dan C. Jika seseorang itu mendapat kedua-dua jangkitan HBV dan HCV, masalah sirosis dan kanser hati akan menjadi bertambah teruk. Bagaimanapun kes ini jarang berlaku.
Ubat yang diberikan kepada pesakit HCV biasanya bertujuan menghentikan tindakan virus berkenaan dan perlu diambil melalui suntikan atau pil selama enam hingga 12 bulan. Elakkan mendapat penyakit ini dengan:
- memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan ahli teman serumah untuk membuatkan ujian Hepatitis B. Jikalau mereka positif, mereka mesti runding dengan doktor.
- Risiko untuk dijangkiti hepatitis adalah sedikit, tetapi jikalau anda mengamalkan hubungan lebih satu pasangan, dinasihatkan menggunakan kondom. Amalkan hubungan seks yang selamat .
- Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, bisau cukur, pengetip kuku, gunting .
- Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri. Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10 bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah masuk ke dalam beg plastik. Balut luka itu dengan plaster.
- Jikalau mengandung, bayi anda akan diberi dua suntikan ( Pertama, vaksin hepatitis B dan kedua suntikan immungloblin) semasa baru lahir dan vaksin yang selengkap masa lain. sepenuh
- Amalkan gaya hidup yang sihat & mendengar nasihat doktor.
No comments:
Post a Comment