Di dalam artikel-artikel saya yang lalu telah menjelaskan perlunya menjauhi makanan rapu bagi mengelakkan penyakit terutama sekali penyakit berkaitan buah pinggang dan jantung.
Kali ini saya ingin menyambung penulisan saya mengenai tabiaat pengambilan makanan dan kesannya terhadap tubuh badan dan penyakit.
Saya masih terasa sayunya bagaimana seorang penderma hati telah menemui ajalnya selepas mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada seorang kanak-kanak. Kerosakan hati boleh membawa kepada penyakit kuning. Penyakit ini sekarang begitu berleluasa menyerang kanak-kanak di Malaysia. Kalau hendak mengetahui lebih lanjut, silalah melawat wad sakit kanak-kanak berkaitan bengkak hati. Sedih sekali saya melihat mereka keluar masuk ke hospital dan hospital tidak mempunyai ubat bagi penyakit ini.
Simptom penyakit ini ialah:
1. Kulit kanak-kanak ini berwarna kekuningan. Pada peringkat awal, kekuningan ini dapat dikesan pada bahagian mata putih kanak-kanak tersebut
2. Abdomen yang bengkak dan keras. Secara lebih terperinci ialah bahagian abdomen sebelah kanan keras dan bengkak. Sebenarnya bahagian ini bengkak adalah kerana hati yang terletak di kedudukan tersebut telah bengkak dan keras. Ini menjadikan toraks kanak-kanak ini besar macam banyak cacing di dalamnya.
3. Muka atau keseluruhan badan sembab atau bengkak seperti mengandungi lebihan air di bawah kulit terutama sekali waktu bangun tidur.
4. Lidah yang banyak keputihan di permukaan atasnya (jelirkan lidah mereka untuk melihatnya)
5. Keletihan pada kanak-kanak tersebut.
Penyakit ini mengikut perubatan doktor dan hospital masih tidak ada ubatnya. Kerana masih tiada ubatnya, rawatan yang dilakukan adalah melalui pembedahan pemindahan hati oleh penderma hati.
Begitulah kaedah perubatan moden yang kononnya canggih tetapi sebenarnya masih terlalu banyak ilmu yang mereka tidak ketahui. Mereka tidak tahu (atau menyorokkan punca sebenar penyakit ini) mengenai punca sebenar penyakit ini dan tidak ada kaedah untuk merawat penyakit ini.
Namun Alhamdulillah saya diberi kesempatan oleh Allah untuk mempelajari berkaitan penyakit kuning ini dari arwah guru saya. Semoga Allah merahmati dan memberkati rohnya.
Punca penyakit ini sebenarnya ialah pengambilan makanan rapu seperti twisties, o ring, maggi mee, air bergas dan pelbagai makanan rapu lainnya termasuk coco crunch. Juga termasuk dalam senarai punca penyakit ini ialah makanan segera seperti KFC, Mc Donald, naget, burger, sosej, aiskrim, potato chips, french fries dsb.
Rawatan bagi penyakit ini sebenarnya ialah dengan
1. Menjauhkan atau mengelakkan sama sekali pengambilan sebarang makanan rapu di atas.
2. Mengelakkan pengambilan makanan berminyak termasuk margarine dan mentega
3. Mengambil tomato dan limau madu
4. Buah delima dan apel hijau
5. Memakan buah almond panggang
6. Minum air kelapa hijau
7. Latih anak ini untuk makan nasi berlauk ikan dan pastikan makan sayur termasuk sayur pahit dan tidak pahit.
8. Perlu diingat bahawa rawatan ini adalah bukan rawatan segera namun insya-Allah pulih secara perlahan-lahan. Penyakit ini juga menyerang kanak-kanak ini dalam kadar yang perlahan selepas beberapa tahun.
Kepada sesiapa yang ingin memantapkan ilmu ini saya sarankan untuk membuat eksperimen kepada seorang anak sdr/sdri seperti begini:
Pilih anak yang berusia 2 tahun. Berilah makan maggi mee (atau mee segera lain) dengan kadar satu atau dua kali sehari. Tambahkan diet anak ini dengan memberikan pelbagai naget atau frozen food lainnya seperti perasa ikan, perasa ketam dsb. Berikan burger daging atau ayam 2 kali seminggu. Latih anak ini minum minuman bergas seperti FN orange atau strawberry atau jenama lain. Bawalah anak ini ke supermarket dan belilah sebarang makanan rapu lain mengikut apa yang dituding oleh jari anak ini. Jangan lupa belikan Pringles, potato chips dan french fries sama ada yang dibeli di Mc Donald atau yang dibeli frozen di supermarket. Jangan galakkan anak ini makan nasi dan sayur (kanak-kanak memang tidak suka makan nasi dan sayur). Sebanyak 4 kali dalam seminggu, berikan anak ini makan aiskrim yang dibeli dalam kotak bersaiz 2 Liter. Murah harganya sekadar sekitar RM7 bagi kotak 2 liter. Sekali seminggu bawa anak ini makan di KFC atau Mc Donald untuk makan sebarang makanan di sana.
Perlu diingat bahawa eksperimen ini jangan melebihi tempuh 4 tahun. Menjelang tahun kedua atau ketiga sila perhatikan bahagian abdomen kanan atas sama ada masih lembut atau sudah semakin keras dan membengkak. Perhatikan muka dan kaki anak ini terutama sekali sewaktu bangun tidur sama ada sembab (membengkak) atau tidak. Sekiranya tanda ini sudah diperolehi, jangan teruskan sehingga kulit berwarna kuning. Berhentikan dan anda sudah berjaya melaksanakan eksperimen ini. Kesimpulan dari eksperimen ini ialah makanan rapu dan makanan yang disebutkan di atas membawa mudharat kepada kesihatan manusia.
Eksperimen ke atas kanak-kanak insya-Allah dapat dilihat dengan pantas. Sekiranya eksperimen ini dilakukan ke atas orang dewasa, kesannya agak lambat.
Sebenarnya, eksperimen yang saya sebutkan di atas ke atas kanak-kanak merosakkan hati melalui pembengkakan hati (abdomen kanan atas) serta merosakkan jantung yang dapat dikesan dari masalah pengeluaran darah dari hidung sewaktu cuaca panas dan sakit dada terutama di bahagian toraks sebelah kiri iaitu kedudukan sebenar jantung.
http://emjayjb.multiply.com/journal/item/56?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem
info yang menarik.
ReplyDelete