Anda
tidak perlu bimbang. Bantuan sentiasa ada. Doktor
anda boleh membantu, menasihati dan merangkakan satu
pelan pengurusan jangka panjang untuk anda dan
keluarga anda. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat
serta menjalani pemeriksaan secara berkala, anda
akan dapat menjalani kehidupan sihat yang
berpanjangan tanpa menghadapi apa-apa komplikasi.
Walaupun HBV sering dikaitkan dengan penyakit hati, mereka
yang didiagnoskan sebagai pembawa tidak seharusnya merasa
terganggu. Kehidupan mereka akan terus sihat dan
berpanjangan.
Di
sini dikemukakan beberapa saranan untuk mereka yang
dikatakan pembawa kuman HBV tetapi sihat sejahtera:
- Mintalah doktor anda berunding dengan pakar penyakit hati, jika beliau bukan doktor pakar tersebut, bagi merangkakan satu pelan pengurusan jangka panjang atau merujuk anda kepada pakar tersebut.
- Dapatkan pemeriksaan berkala yang termasuk pemeriksaan untuk mengesan penyakit hati seperti kanser hati dan sirosis. Ia mungkin setahun sekali atau setiap 6 bulan atau lebih kerap lagi bergantung kepada apa yang anda dan doktor anda telah persetujui.
- Jika anda mengandung , kuman HBV akan menular dari ibu yang merupakan pembawa, kepada anak baru lahir semasa kelahiran. Pastikan doktor anda tahu kedudukan anda yang sebenar dan membuat sesuatu untuk melindungi bayi anda dari jangkitan kuman HBV apabila dilahirkan nanti. Dengan ini ia akan melindungi bayi anda dari dijangkiti kuman HBV.
- Pastikan ahli keluarga dan mereka yang sering mendampingi anda diberi imunisasi menentang penyakit ini, jika mereka belum lagi mendapatkannya.
- Berhati-hati supaya anda tidak menyebarkan darah anda kepada orang lain:
- Balut semua luka dengan pembalut
- Buangkan tampon dan lampin wanita yang telah dipakai dengan cermat.
- Jangan menderma darah atau organ
- Elak dari melakukan hubungan seks yang tidak selamat dengan pasangan yang tidak diimunisasikan.
- Amalkan kebersihan diri yang baik dan jangan berkongsi peralatan peribadi yang boleh menyebarkan darah kepada orang lain seperti berus gigi, alat pengetip kuku, subang bercucuk, jarum suntikan dan pisau cukur.
- JANGAN MEMINUM ALKOHOL. Ia sangat merbahaya kepada hati anda.
- Elakkan dari toksin-toksin hati
Cendawan
dari nasi basi, roti atau kacang tanah yang lama
adalah merbahaya kepada hati anda.
Elak
memakan makanan dari laut yang mentah kerana ia
mempunyai risiko jangkitan kuman bakteria vibrio.
Jangan
menyedut terlalu banyak wasap dari cat, bahan penipis
cat, gam, dan bahan-bahan pencuci. Sebahagian dari bahan-bahan
ini mengandungi fenol, iaitu bahan kimia yang boleh
menjadi toksik kepada hati.
http://e-kesihatanmalaysia.blogspot.com/2012/01/hepatitis-b-dan-kehamilan.html
No comments:
Post a Comment